13 ↬

37 15 7
                                    

Kejadian tadi yang berlaku menerjah mindaku. Aku membasuh mukaku di singki bilik airku.

Sanggup seungcheol menghinaku sebegitu?

Dan dia masih tak tahu yang mingyu dah lama pergi...

Tapi dia tahu yang aku hampir kahwin dengan mingyu. Takkan dia tak tahu yang mingyu dah meninggal dunia?

Sakit hati aku memikirkannya perkara itu. Hatiku hancur berkecai disebabkan kata-kata yang keluar dari mulutnya.


"aku tak sangka youngmi yang aku kenal dulu dah tak sama sekarang. Aku lebih suka kau yang dulu daripada sekarang", kata-kata ini terngiang-ngiang di mindaku.

Bukankah dia sendiri mengatakan bahawa dia mencintaiku 6 tahun yang lalu?

Atau.. dia sebenarnya tidak maksudkan pun apa yang dia kata 6 tahun lalu?

Aku ada terdengar khabar angin tentangnya yang suka mempermainkan perasaan ramai wanita. Tapi aku tidak peduli. Janji aku tahu yang sebenarnya hatinya baik.

Jadi.. selama ini aku dipergunakan olehnya?

"huh, bodohnya kau ", kataku melihat diriku di hadapan cermin bilik airku.

Air mataku tumpah. Terlalu kecewa dengan sikap seungcheol. Sudahlah dia dituduh mencurang olehnya.

Aku mengelap air mataku kasar.

"youngmi, kau kena lepaskan dia. Dia takde hati pun dengan kau. Dia just gunakan kau ",  kataku kepada pantulan diriku pada cermin itu.

Aku memandang yejin. Yejin adalah hasil cinta aku dan dia. Aku tak sanggup nak bunuh yejin sebab aku rasa aku terlalu kejam dan mungkin dengan adanya yejin, kami boleh bersama kelak.

Itulah sebab mengapa aku masih setia menagih cintaku kepada seungcheol dengan menunggunya untuk pulang supaya kami dapat bersama. Bahagia bersama.

Tapi itu dahulu, aku bukanlah youngmi yang masih berusia 19 tahun.  Tidak matang dan mentah.

Sekarang aku ialah youngmi yang sudah berumur 25 tahun, mempunyai kerjaya tersendiri dan mampu menyara anak kecilku.

Aku tak kesah sama ada seungcheol tahu ataupun tidak yang yejin ni anak dia.

Apa yang pentingnya, yejin tetap akan menjadi penemanku sampailah aku menghembuskan nafas terakhir.

Aku tahu yejin kekurangan kasih seorang ayah, tetapi nak buat macam mana? Perasaan cintaku pada seungcheol baru saja mati dan aku masih belum buka pintu hatiku ini sepanjang 6 tahun .

esoknya

"apa? Saya kena pindah ke jabatan pengurusan ekonomi? Tapi tuan, saya tak mahir dalam bidang itu. Saya dah selesa dengan kerja saya sekarang tuan", kataku kepada lelaki yang bernama Baek Jungwol itu.

"aku dah bincang dengan encik wonwoo. Dia pun setuju", katanya bermain kukunya.

Mukaku terkejut tanda tidak percaya. Apa? Sejak bila.. bukan, kenapa?

Aku menerjah masuk ke dalam bilik wonwoo tanpa mengetuk pintu. Dia yang sedang menyemak dokumen itu memandangku.

"Tak reti ketuk pintu ke?", Tanya dia. "encik wonwoo. Kenapa encik buat keputusan untuk tukarkan saya kat jabatan ekonomi tanpa kebenaran saya?", Tanyaku menghentak mejanya tanda tidak puas hati.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now