12↬

45 13 3
                                    

wonwoo pov

Aku memandang youngmi yang sedang membayar makanan yang kami sudah habiskan. Yejin yang sedang bermain dengan mainannya aku amati.

Comel betul si yejin ni. Yejin pula asyik panggil aku 'papa baru'. Kiranya dia dah bagi 'green light' ke? Heheh..

"uhm, sebelum kita balik, kita beli aiskrim kat depan ni kejap tau wonwoo?", Kata youngmi mendukung yejin. Aku bangun dari duduk dan mengangguk lalu mengikut langkah youngmi dari belakang.

"yejin nak perisa apa?", Tanya youngmi sambil mendukung yejin di tangan. "nak chocolate!", Kata yejin menunjukkan aiskrim coklat itu.

"ahjussi, saya nak aiskrim chocolate satu dengan strawberi ", kata youngmi kepada penjual aiskrim itu dengan senyuman. Dia memusingkan badannya ke arahku.

"wonwoo nak perisa apa?", Tanya youngmi. Aku tersentak. "takpelah", kataku menolak sopan.

" lepas kita makan benda berminyak, kita kena makan aiskrim untuk hilangkan minyak.. (?) Saya belanja", katanya.

"sama dengan awaklah", kataku mengalah.

Yejin mengekek. ( Aku pun tak tahu kenapa dia mengekek tiba-tiba)

Sedang kami menikmati aiskrim yang sejuk itu bersama, tiba-tiba datangnya seorang lelaki bercoat panjang ke arah kami.

"youngmi", panggilnya. Aku dan youngmi saling berpandangan.

"seungcheol..", kata youngmi. Inilah lelaki yang aku jumpa semasa lunch dengan youngmi haritu.

"Siapa ni? Kau kata ni bos kau?", Kata seungcheol memandangku dengan wajah seperti tidak puas hati.

"memang bos aku pun? Kenapa?", Tanya youngmi.

end wonwoo pov

seungcheol pov

Aku memandang gadis kecil di sebelah youngmi yang sedang menikmati aiskrim chocolate-nya.

"Mana mingyu?", Tanyaku. Sepatutnya, mingyu yang meluangkan masa bersamanya, bukan lelaki ini.

"mingyu...", Katanya menunduk.

"Jadi, kau curang dengan mingyu?", Tanyaku kepadanya. Aku tak percaya wanita yang aku suka berperangai sebegini.

"seungcheol", panggilnya dengan muka merah menahan marah. "apa? Betullah kan? Sepatutnya, malam macam ni.. kau perlu luangkan masa dengan mingyu, suami kau.. bukan mamat ni", sambungku lagi.

Aku tak boleh terima yang youngmi menduakan mingyu. Mesti budak kecil ni anak mingyu kan?

"seungcheol, aku.. ", belum sempat youngmi ingin bercakap. Aku potong.

"dahlah.. aku tak sangka youngmi yang aku kenal dulu dah tak sama sekarang. Aku lebih suka kau yang dulu daripada sekarang", kataku melarikan pandangan.

Aku meninggalkan mereka lalu masuk ke dalam keretaku.

Panas hatiku melihat mereka tersenyum gembira sedangkan mingyu tidak dapat merasa momen manis sebegitu.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now