17 ↬

39 11 3
                                    

"mama!", jerit yejin memegang tangan seorang lelaki yang cukup aku kenali.

Seungcheol. Kenapa yejin ada dengan seungcheol?

Seungcheol dah tahu ke yang yejin ni anak dia? Eh, apa aku kesah? Dia tahu ke tak tahu ke, ikut suka hati dia lah.

Yang penting kalau dia nak ambil yejin, aku akan membantah sekeras-kerasnya.

Penat aku mengandung selama 9 bulan, dia sedap ii hati je nak ambil yejin. Memang taklah. Lagipun , aku tahu... yejin takkan tinggalkan mama dia punya.

Aku menghampiri mereka berdua. "mama, yejin masuk dulu eh? Mama borak lah dengan papa", katanya lalu meluru masuk ke dalam rumah. Sudah ku kata, yejin juga sudah tahu siapa ayahnya. Mesti seungcheol pun dah tahu.

Aku memandang seungcheol di hadapanku dengan muka dingin. "Thanks hantarkan yejin", kataku lalu meninggalkannya.

"youngmi kejap", kata seungcheol. Langkahku terhenti. Badanku dipusing menghadapnya.

"apa dia lagi?", Kataku. "kita pergi cafe kejap boleh? Aku ada benda nak bincang dengan kau", katanya kedengaran gusar.

Apa dia pulak ni?

Aku mengangguk tanda bersetuju. Kami pun bergerak ke cafe berdekatan dengan rumahku.

"uhmm.. saya nak ice blended mango and peach satu thank you", kataku kepada pengambil pesanan itu.

"saya iced latte", kata seungcheol. Dia memandangku lalu tersenyum. Aku melarikan pandangan. Aku dapat merasakan pipiku memerah.

"youngmi.. youngmi?", Panggilnya. Aku memandangnya kembali. "ha? ", Kataku.

"uhm.. kau tak nak tahu ke kenapa yejin datang jumpa aku?", Katanya bermain seluarnya.

"uhm.. kenapa dia jumpa kau?", Kataku padahal aku sudah tahu mengapa yejin jumpa dengannya. Dia tahu seungcheol ayahnya, mustahil jika seungcheol tidak tahu yejin itu anaknya dengan melihat kemesraan mereka tadi.

"dia kata aku ayah dia", kata seungcheol memandang tepat ke dalam mataku.

Aku berdehem. "then?", Kataku.

"youngmi.. kenapa kau tak bagitahu aku pasal malam tu dan yang kau mengandung? Kenapa? At least kau hantar lah surat kau kat aku", katanya  sedikit emosi.

"kau ingat?", Kataku agak terkejut.

"Mingyu ada bagi surat kat aku and dia ada bagitahu malam tu aku confess dekat kau and kau pun sama. Then kita buat... benda... tu", katanya tetapi perlahan di hujung ayat.

"kau ni janganlah cakap pasal benda tu kat sini!", Kataku agak marah. Sebenarnya bukan marah sangat pun. Lebih kepada malu dan geram.

"tapi.. yejin tu kan anak kita. Jadi.. aku rasa kita kena kahwin", katanya.

Kahwin?

Seungcheol nak kahwin dengan aku?

Kalau youngmi yang berusia 19 tahun mungkin akan terharu dan terus menerima lamarannya. Tetapi, bukan youngmi yang berusia 25 tahun ini.

Perasaan cinta dan sayangku padanya sudah terpadam.

"aku taknak", kataku ringkas.

Dia kelihatan agak terkejut dengan jawapanku. Tak kiralah sama ada kau nak kahwin dengan aku sebab kau sayang aku atau kau rasa simpati pada aku sebab aku lahir dan besarkan anak kau sorang ii, aku tetap tak nak kahwin dengan kau.

never!


"air aku dah habis. Kau dah habis kan? Aku balik dulu. As you can see, aku dah ada anak nak kena jaga dekat rumah. Bukan macam kau. Thanks for the drink", kataku lalu bangun pergi meninggalkannya yang terpinga-pinga itu.

Keluar sahaja dari cafe itu, aku menghembuskan nafas. "fuh, good job youngmi. Good job", kataku mengurut lembut dadaku.

Ya, walaupun hati aku sudah mati kepadanya. Tetapi bukan senang aku nak move on tau. Tadi tu aku cuba untuk kuatkan diri aku. Taknak terkena sekali lagi.

Langkahku diatur. Pintu rumah aku masuki pin kod. "omma! Papa dah balik?", Tanya Yejin sejurus aku masuk ke dalam rumah.

Selipar rumah aku pakai. "dah", kataku senada.

"papa kata apa dekat mama?", Tanya yejin. Aku mengeluh kecil.

"papa ajak mama kahwin", kataku mengusap lembut kepalanya.

"mama cakap apa?", Tanya dia dengan mata yang berkelip-kelip.

"Mama tolak", kataku baring di atas katil empuk milikku. "Kenapa mama tolak???", Katanya.

"mama benci papa", kataku lalu membelakangkan yejin. Air mata mengalir. Sebab papa mainkan perasaan mama.

aku benci kau , choi seungcheol

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now