10↬

36 14 4
                                    

"omma, harini omma tak payah ambil yejin tau. Petang kejap lagi youngmi ambil yejin dari tadika. Omma rest today okey?", Kataku kepada omma sambil mengemaskan barang sekolah milik yejin.

"ha, yelah. Yejin mana?", Tanya omma yang baru siap menyediakan sarapan pagi buat kami semua.

"tadi youngmi dah kejut. Tapi dia taknak bangun omma. Omma tolong kejutkan boleh? Youngmi nak seterika baju yejin kejap", kataku kalut menyerika baju sekolah yejin.

Omma hanya tersenyum lalu dia masuk ke dalam bilikku untuk mengejut yejin. Itulah, semalam dah kata tidur awal Harini kan sekolah. Tak nak dengar lagi.

Suruh bacakan lagi buku cerita. Kan dah bangun lambat.

"yejin cucu nenek", kata omma mengejutkan yejin yang masih dibuai mimpi itu.

Yejin bergerak . Matanya dibuka. "nenek, yejin taknak pergi school", kata yejin sambil menggosok matanya.

"eh, kenapa cakap macamtu ?  Yejin kenalah pergi sekolah kalau yejin nak pandai macam mama kan?", Pujuk omma sambil mengusap kepala yejin.

"tapi.. tapi.. kawan yejin semua kata yejin takde papa. Dorang kata yejin jahat tu sebab papa tinggalkan yejin dengan mama", kata yejin mula menangis.

"siapa kata macam tu? Ish, tak betullah. Papa yejin bukan tinggalkan yejin. Papa yejin pergi tempat yang jauh je. Nanti bila dah sampai masa, yejin boleh jumpa papa yejin.

       Dah , tak mau nangis. Tak comellah cucu nenek kalau menangis", kata omma memeluk badan kecil yejin.

Belakang badan yejin dibelai lembut untuk menenangkannya.

"now, yejin dah feel good?", Tanya omma sambil menunjukkan kedua belah ibu jari. Yejin tersengih lalu dia juga menunjukkan ibu jarinya tanda dia sudah okey.

"macam tu lah cucu nenek. Dah jom kita mandi. Lepastu breakfast then ikut mama pergi?", Kata omma. "Pergi school!", Jawab yejin teruja.

Selepas sahaja yejin selesai mandi, youngmi memakaikan pakaian sekolahnya pada yejin.

"yejin pilih, nak stockin colour green or pink?", Kataku menunjukkan variasi stokin yang dilipat rapi di dalam rak itu.

"nak pink! Warna kegemaran mama!", Kata yejin mengambil stockin pink itu lalu diberikan kepadaku. Aku tersenyum seketika lalu pipi gebu milik yejin aku gomol.

Comel betul anak aku ni.

Aku menyarungkan stockin yang dipilih yejin tadi berserta kasut sekolah kecil berwarna merahnya.

"Pergi cium nenek dengan atuk before we go", kataku kepada yejin. Yejin mengangguk lalu dia menghampiri omma dan appa.

"muah, love you nenek. Muah, love you atuk", katanya mencium sekilas pipi mereka berdua. "Babai, yejin pergi dulu", katanya melambai tangannya.








"babai mama !", Lambai yejin sebaik sahaja kami tiba di tadikanya. "Yejin", panggilku dengan nada agak marah manja.

Dia memusingkan badan dia memandangku. "ouh, sorry mama , yejin lupa", katanya lalu memelukku lalu pipiku dicium berkali-kali olehnya.

Aku mencium kembali pipinya.

"jangan naughty ii okey? Nanti balik mama belanja aiskrim ", kataku membelai lembut rambutnya.

"yeay! Okey mama. Yejin pergi dulu muah", katanya membuat wink. Amboi.

Aku melambai tanganku sehinggalah yejin hilang dari pandanganku.

Aku menaiki bas awam untuk ke tempat kerjaku seperti biasa. Sebelum ini, aku pasti akan terserempak dengan joshua. Tetapi malangnya harini dia tiada.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now