6↬

42 14 2
                                    

Mata kami bertembung.

"seungcheol-ah", kataku sambil melihat wajah lelaki yang amat aku rindu ini.

Dia kelihatan agak terkejut melihatku. Dia tersenyum seketika lalu menghampiri kami. "kau youngmi en?", Tanya seungcheol.

Aku mengangguk. "kau ingat eh aku", kataku ketawa kecil.  "mestilah", kata seungcheol tersenyum mesra.

Wonwoo yang berada di hadapanku berasa sedikit tidak selesa apabila ada orang ketiga di antara kami berdua.

Tapi bagiku, aku lega. Kerana aku berasa terlalu lemas dengan kejanggalan kami berdua tadi. Nasib baik aku jumpa seungcheol. "siapa ni?", Tanya seungcheol menunjukkan encik wonwoo di hadapanku.

"boyfriend youngmi", kata encik wonwoo tanpa sempat aku ingin menjawab.

Mataku terbeliak. Aku memandang encik wonwoo yang kelihatan tidak bersalah itu. Aku kembali memandang seungcheol.

"ouh-"

"eh, tak ni majikan saya, encik wonwoo. Encik wonwoo, ni kawan lama saya, seungcheol", kataku memperkenalkan mereka berdua.

Seungcheol tersenyum manis ke arah encik wonwoo. Tetapi encik wonwoo hanya memandang muka seungcheol dengan wajah yang dingin.

Seungcheol berasa sedikit janggal. "youngmi, aku pergi dulu eh. Nanti aku call kau tau", Kata seungcheol selepas mengambil nombor telefonku.

Aku mengangguk. Seungcheol melambai ke arah ku. Aku membalas lambaiannya dengan senyuman mekar di bibir.

"eh, hati ii!", Kataku apabila melihat seungcheol hampir terlanggar pintu. Malangnya, seungcheol tidak dengar dan dia terlanggar pintu itu. "pft", kataku menahan ketawa.

Encik wonwoo menjelingku tajam. Aku terus menundukkan kepala. Takut betul dengan jelingan tajam encik wonwoo.

"Kau suka dia eh?", Tanya encik wonwoo selepas lama mendiamkan diri. Aku memandang mukanya dengan pelik. "eh, mana ada", kataku menidak.

"Ikut kau lah. Makan cepat. Lunch hour dah nak habis",kata encik wonwoo lalu menyuapkan lagi sisa-sisa daging steak itu ke dalam mulutnya.

+++++                                              ++++++

"uhm, encik won-", kataku ingin mendapatkan encik wonwoo tetapi encik wonwoo terlebih dahulu masuk ke dalam bilik pejabatnya, tidak menghiraukan aku.

Aku mengeluh sebentar sebelum pergi ke tempat dudukku. "Youngmi, tadi encik wonwoo buat apa dekat kau?", Tanya dino kepadaku.

"takde ape. Dia just belanja makan je", jawabku sambil tertanya-tanya mengapa Dino bertanya sebegitu. "ouh. Aku bukan nak gosip ii ke ape, tapi kau kena hati ii dengan encik wonwoo tu. Dia tu kaki perempuan", kata Dino berbisik supaya tidak didengari encik wonwoo.

"kau ni. Tak baik cakap macamtu", kataku. Dino hanya memutarkan bola matanya tanda menyampah. Ei, hempuk kang.

"kau hati ii je lah dengan encik wonwoo tu youngmi", pesan heejin yang baru pulang dari pantri dengan sebuah mug di tangan.

"Dah berapa kali dah kami tengok perempuan ii tak cukup kain masuk keluar dari bilik dia tu", sambung Heejin lagi sambil menghirup kopi panasnya.  Aku memandang bilik pejabat encik wonwoo.

Betul ke dia ni kaki perempuan? Hmm..

Sejak pulang dari kedai makan tadi, encik wonwoo tidak henti ii memberikan aku kerja. Sehinggakan fail-fail sudah mula bertimbun-timbun di atas meja ku.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now