Blurb

1.6K 18 0
                                    

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Satu lagi buku baru akak muncul di bawah penerbitan Mania. Ingat lagi tak kisah Karl dan Ema. Dulu akak pernah up kisah pendek mereka dalam tajuk ' Berhenti Berharap.'

Kali ni kisah mereka dipanjangkan dalam versi novel. Preoder sudah dibuka sehingga 30/10/2021. Harga berubah selepas preorder.

BLURB

Megat Khalish a.k.a Karl, pernah bahagia bersama keluarga kecilnya. Menjadi anak yang paling disayangi oleh ibu bapanya merupakan kenangan terindah dalam hidupnya. Namun semua itu musnah selepas dia menjadi punca kehilangan arwah bapanya.

Walaupun pernah disisihkan oleh ibu kandung sendiri, dia masih berharap seorang ibu akan kembali menyayanginya. Saat hubungan mereka hampir pulih, sekali lagi dia diuji dengan kecurangan cinta pertama.

“You dah dengar, kan? Tak pekak lagi. Kira bernasib baiklah I pernah terima you sebagai boyfriend. Siap pakej tunang lagi. Kalau perempuan lain, jangan haraplah dia boleh tahan.”-Airin

Disebabkan dendam, dia telah memperguna Ema demi menyahut cabaran bodoh itu. Namun dia tersilap langkah apabila dirinya benar-benar jatuh cinta. Dan apabila rahsianya terbongkar, Ema bertindak menjauhkan diri.

“Hati Ema dah cukup hancur. Tak cukup dengan dendam bodoh Karl, sekarang Karl sanggup bertunang dengan orang lain. Ema pun ada perasaan. Sakit sangat.”- Ema

“Dan sekarang, Karl akan berhenti berharap untuk pertahankan hubungan kita. Tak ada gunanya Karl desak kalau hati Ema dah bencikan Karl.”- Karl

Bertahun-tahun mereka terpisah, akhirnya mereka dipertemukan sekali lagi. Kali ini, giliran Ema yang menderita. Dia terbeban dengan rasa bersalah. Lebih-lebih lagi setelah dia mengetahui rahsia silam lelaki itu.

Mampukah cinta Ema dan Karl bersatu kembali? Rahsia apakah yang menjadikan kehidupan Karl penuh misteri?

😘

😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now