Teaser 9

315 3 0
                                    


“Mama tak suka balik sini ke?”

Terus berubah wajah Puan Riyana. Laju dia gelengkan kepala.

“Karl dapat rasa mama tak suka balik sini. Kalau mama tak nak Karl ikut, Karl boleh jaga diri sendiri.”

Terhenyak Puan Riyana. Kedua tangan anaknya diraih dan digenggam kemas. Dia tidak mahu Karl salah faham.

“Mama memang nak Karl tinggal dengan kami.”

“Sebab arwah nenek dah pergi ke?”

“Tak.” Lemah nada suara Puan Riyana.

Karl tergelak kecil. Sukar untuk dia percayakan wanita itu. Dulu ketika dia tinggalkan, wanita itu berjanji akan mengambilnya selepas mempunyai pekerjaan. Tapi lain pula yang berlaku apabila mama berkahwin lain. Lebih menyedihkan, dia masih terus ditinggalkan di kampung.

“Karl akan ikut mama. Mama janganlah risau. Karl bukan macam dulu lagi.”

Terdiam Puan Riyana. Terkesan juga dia mendengar sindiran dari si anak. Tidak dinafikan sikap anaknya sudah banyak berubah.

Karl berdiri sambil membawa dulang makanan bersamanya. Walaupun dia tiada selera, tak sampai hati untuk dia hampakan niat baik ayah tirinya.

“Karl tak nak makan?”

“Karl nak makan di dapur. Arwah nenek pesan, kalau nak makan, jangan makan di bilik.”

Karl keluar dari bilik dan terus ke dapur. Di dapur, dia terserempak dengan Nazri. Lelaki itu sedang duduk sambil bermain telefon bimbit. Kata mama, tahun hadapan adik tirinya bakal menduduki peperiksaan SPM.

“Abang baru nak makan?” Ramah Nazri menyoal.

Karl tergelak kecil.

“Tak payahlah panggil aku abang. Kau aku sudah.”

Tersengih-sengih Nazri. Belakang lehernya diusap perlahan. Sebenarnya dia kekok juga memanggil Karl sebagai abang.

“Rasanya ini kali pertama kita duduk macam ni. Yalah, sebelum ni kita jarang jumpa. Kalau jumpa pun, sekejap aje.”

“Kau duduk asrama. Bila cuti, mama dah abah yang datang ke sini jenguk aku.” Terasa keras lidahnya untuk menyebut perkataan abah. Dia perlu membiasakan diri dari sekarang. Lebih-lebih lagi dia akan tinggal bersama keluarga tirinya.

“Abah yang paksa. Aku lebih suka sekolah biasa. Tapi abah nak juga aku belakar berdikari.”

“Lepas ni, kau masih duduk asrama?” soal Karl.

“Ehmm… macam tulah. Kau pula?”

Karl angkat kedua bahunya. Jujur dia masih belum membuat keputusan lagi.

“Kenapa orang panggil Karl?”

“Arwah ayah aku yang bagi nama panggilan tu. Sampai sekarang melekat.” Karl tersenyum nipis. Dia menyuap nasi ke mulutnya sedikit.

“Ehmmm… macam tu. Mesti kau sayang nak tinggalkan kampung ni. Yalah, dari kecil lagi dah menetap dekat sini. Tapi kau jangan risau. Bila kau dah tinggal dengan kami, kau takkan rasa bosan.”

Karl hanya tersenyum saja. Ramah juga adik tirinya. Tak adalah nampak sombong.

“Insya-Allah. Aku akan biasakan diri lepas ni.”

“Bagus. Tak adalah aku bosan. Dulu masa abah dan mama kahwin, aku pernah tanya mama kenapa kau tak tinggal dengan kami?”

Tak jadi Karl menyuap nasi ke mulutnya. Dia pandang ke arah Nazri.

“Mama cakap apa?” Berdebar dada Karl.

“Mama cakap, kau tak nak ikut mama. Nak tinggal dekat sini dengan arwah nenek.”

Berderau darah Karl. Air liurnya ditelan terasa pahit. Seleranya terus mati. Dia segera berdiri dan bergegas ke singki. Selepas membasuh tangannya, dia meninggalkan dapur. Terkedu Nazri. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Pelik. Dia ada salah cakap ke?

Karl tidak ke biliknya. Sebaliknya dia berkurung di bilik arwah neneknya. Hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya dia dengan penipuan mama. Perlahan-lahan Karl pergi ke arah almari. Dia mahu mencari selimut. Malam ini, biarlah dia tidur di sini.

Sebaik saja almari dibuka, anak matanya terpandang sesuatu di sebalik pakaian arwah. Menggigil tangannya ketika ingin mengambil bungkusan tersebut. Tubuhnya melurut lemah ke lantai.

Tak sedar air mata lelakinya gugur juga ke pipi. Selama ini, hadiah yang dia berikan kepada mama, tidak pernah dibawa balik. Sanggup nenek menyimpan bungkusan ini di sini.

“Sampai hati mama layan Karl macam ni? Benci sangat ke mama dengan Karl.”

💔

”💔

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now