teaser 5❤️

474 8 0
                                    

Teaser 7 😔 (versi belum edit)

#mtb

“Kita dah lama tak jumpa. Hari ni, Ema ingat nak luangkan masa dengan Karl. Tapi Karl sibuk aje dengan kerja.”

“Jangan nak salahkan Karl. Pagi tadi Karl dah beritahu hari ni sibuk nak siapkan tugasan. Ini tahun akhir kita. Patutnya Ema fahamlah Karl.”

“Sorry. Karl hantar Ema balik boleh?” Dia sekadar mencuba nasib.

“Tak boleh. Karl sibuk. Hari ni Ema balik sendiri.”

Ema menunduk wajahnya. Tipulah kalau dia tak sedih dengan kata-kata lelaki itu. Perlahan-lahan dia mengemas barang-barangnya di atas meja.

“Tak apalah. Ema balik dulu. Maaf kalau Ema susahkan Karl hari ini.”

Ema segera berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Karl masih memandang belakang tubuh gadis itu. Nafas dihela sedikit lemah.

Dia tahu sikapnya terlalu kasar. Sebenarnya hanya dengan cara ini dia mahu Ema berputus asa dengannya. Cukuplah selama dua tahun ini dia berpura-pura cintakan gadis itu. Memang dia sayangkan Ema. Tapi perasaan sayang dan cinta, perkara yang berbeza.

Untuk memutuskan hubungan mereka dari mulutnya sendiri, dia tidak sampai hati. Disebabkan itu dia sengaja mencari masalah sejak akhir-akhir ini.

Dia segera matikan komputer ribanya. Selepas mengemas, dia bergegas menuju ke tempat letak motosikal. Makin tebal rasa bersalahnya teringatkan gadis itu. Pasti Ema sedang menunggu bas sekarang. Boleh saja dia menawarkan diri untuk menghantar gadis itu. Tapi dia terpaksa keraskan hati.

“Karl!”

Tak jadi Karl menghidupkan enjin motosikalnya. Dari jauh dia ternampak kelibat Syahin sedang berlari anak ke arahnya. Tercungap-cungap nafas lelaki itu.

“Kenapa ni?”

Syahin menarik nafas seketika. “Ema… dia…”

Terus berubah wajah Karl. Tak sedar tangannya sudah merentap kuat leher baju lelaki itu.

“Kenapa dengan Ema?”

“Sabar. Jangan tarik baju aku. Aku tak boleh nak bernafas ni.” Terbatuk-batuk Syahin.

“Cakaplah!” Kolar baju lelaki itu dilepaskan secara kasar.

“Ada orang nak ragut beg Ema dekat perhentian bas. Nasib baik ada orang nampak dan jerit tapi dia…”

Karl terus menolak tubuh Syahin. Cepat-cepat dia hidupkan enjin motosikal dan memecut laju ke perhentian bas yang terletak di hadapan kolej mereka. Makin berdebar dadanya melihat orang ramai berkerumun di situ. Dia segera turun dari motosikalnya dan berlari ke sana.

Tubuh pelajar-pelajar yang sedang berkumpul tadi ditolak kasar. Bulat matanya melihat keadaan Ema sedang ditenangkan oleh pelajar yang lain.

“Ema!”

🌹

Masa ni Karl memang tak suka Ema lagi. Nak tahu pertama kali Karl betul2 cintakan Ema, tunggu buku siap👉👈

Las t pra tempahan 30/10. Har ga berubah selepas tamat PO.

 Har ga berubah selepas tamat PO

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now