Teaser 3😘

445 10 0
                                    

Teaser 3💗

Ema menarik nafas lemah. Sudah acap kali dia bertanyakan hal ini. Jawapan Karl masih sama. Tidak bersedia. Sehingga ke hari ini, dia tidak pernah tahu siapa ibu bapa Karl. Malah Karl tidak pernah cuba untuk bertemu dengan ibu bapanya di kampung.

Terlalu ralit memikirkan hala tuju hubungan mereka, tak sedar kereta sudah berhenti di sebuah stesen minyak.

“Karl nak ke kaunter. Kunci pintu ya.” Kepala Ema diusap lembut.

Ema sekadar mengangguk. Sebaik saja pintu dikunci dari dalam, dia memerhati keadaan di dalam kereta ini. Memang agak mewah kereta ini. Tak sangka Karl dapat membeli kereta semahal ini. Dia pandang tempat duduk belakang. Mengecil anak matanya sebaik saja ternampak ada satu beg kertas di bawah tempat duduk belakang. Beg kertas itu segera dicapai.

“Cantiknya.” Terpaku anak mata Ema melihat isi kandungan beg kertas itu.

Makin lebar senyuman Ema. Dress berwarna merah hati itu, ditilik dengan penuh minat. Pandai Karl carikan dia hadiah. Memang tak lama lagi hari ulang tahun perkenalan mereka yang keempat. Tapi masih berbaki dua minggu. Awal pula Karl buat persediaan. Selalunya, lelaki itu sering terlewat berikan dia hadiah.
Nampak saja kelibat Karl, cepat-cepat dia simpan kembali beg kertas itu di tempat asal. Dia cuba bersikap selamba.

“Nah. Makan jagung ni. Buat alas perut. Nanti kita nak tengok wayang dulu. Karl takut Ema lapar.”

Ema sambut huluran itu dengan perasaan berbunga. Terus lenyap rasanya kecewanya tadi. Mungkin dia perlu memberikan ruang kepada Karl. Sampai masa nanti, mereka akan bersatu juga.

🌹

Berminat blh ambil kombo di bawah. Single pun blh. Preorder sehingga 30/10/2021.

 Preorder sehingga 30/10/2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now