Teaser 7

465 9 0
                                    


“Boleh mama tanya sikit?”

“Tanya ajelah, mama. Ema tak kisah pun.”

“Err… pasal hubungan Karl dan Ema.”

Terhenti pergerakkannya ketika membancuh air minuman. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah wanita itu kembali.

“Ema kenal Karl sejak di universiti lagi ke?”

“Ya.” Gugup dia menjawab.

“Jadi betullah Ema kenal dengan Karl semasa dia masih tunangan orang?”

Wajah Ema berubah sedikit. Lidahnya terus menjadi kelu. Macam mana dia nak terangkan hal sebenar? Sedangkan dia tak tahu Karl sudah pun bertunang ketika itu.

“Tak. Hubungan Karl dah lama putus sebelum Karl kenal Ema.”

Tiba-tiba muncul Karl di dapur. Ema menarik nafas lega. Nasib baiklah suaminya datang tepat pada masanya.

Karl mendekati si isteri. Dahi Ema dikucup penuh kasih. Dia kemudian berjalan ke arah mama. Pipi wanita itu turut dicium.

“Kenapa mama tanya soalan tu?”

“Err… mama cuma nak tahu.” Puan Riyana segera mematikan api dapur. Lauk sambal kerang yang sudah dimasak, dimasukkan ke dalam mangkuk kecil.

Wajah Karl berubah ceria melihat lauk yang sudah siap dimasak.

“Wah! Mama masak lauk kegemaran Karl hari ni.”

“Ya. Mama ingat Karl ada cakap teringin nak makan. Kebetulan abah ada beli kerang dua hari lepas. Itu yang mama buat sambal nasi lemak.”

Ema tersenyum mendengar perbualan dua beranak itu. Selepas membancuh air minuman, dia membawa minuman itu ke meja makan. Beberapa biji cawan diambil bersama dan diletak di atas dulang. Di meja makan, dia menyusun cawan-cawan itu di atas meja.

“You buat air apa ni?”

Hampir saja Ema terjerit. Tiba-tiba saja Airin muncul di sebelahnya. Melihat penampilan Airin yang agak seksi dalam pakaian tidur, membuatkan dia sedikit malu.

“Teh panas. I tak sukalah minum air yang ada susu awal pagi. Tak silap I, mama pun tak suka.”

Berkerut dahi Ema. Sejak bila pula mama tak suka minum teh panas? Dulu dia yang sentiasa membancuh air minuman ini untuk mama ketika pernah tinggal di sini.

“Buatkan air lain. I nak hot chocolate.”

“Err… baik.” Ema segera berpaling ke belakang. Kaku tubuhnya sebaik saja suaminya sedang berdiri dengan wajah yang tegang.

“You buat apa dekat sini?”

👉👈

Agak2, Airin dan Ema ni bermadu ke? Sah ku kena kecam sat g🥲🥲🥲

Tinggal 4 hari lagi sebelum PO tamat. Blh dapatkan melalui penerbit untuk harga pro mo.

Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now