Teaser 6

458 9 0
                                    


“Mari ikut saya. Orang yang pesan makanan ni, nak jumpa.”

Tertelan air liur Ema. Takut juga dia bakal dimarahi. Cepat-cepat dia mengikut langkah gadis itu menuju ke sebuah bilik. Dia disuruh masuk ke dalam bilik. Sebaik saja pintu bilik ditutup, Ema pandang ke hadapan.

Ada seorang gadis berpakai elegan sedang berdiri membelakanginya sambil memandang ke luar tingkap.

“Cik, saya datang nak hantar makanan.”

Gadis itu berpusing menghadap ke arahnya. Tergamam dia melihat pakaian yang dipakai oleh gadis itu. Dia pernah melihat pakaian itu sebelum ini.

“Emaziana. Itu nama you kan?”

“Err… ya. Saya.” Dia segera mendekati gadis itu. Bungkusan makanan dihulurkan kepada gadis tadi.

“I tak lapar. I sengaja suruh you datang sini sebab nak berkenalan dengan you.”

“Kenal dengan saya?” Hampir bertaut kening Ema. Sah, ada yang tidak kena.

“Mestilah I nak kenal sangat dengan you. I nak tahu apa lebihnya you berbanding I. Sampai Karl terlalu sayang nak lepaskan you walaupun kami bakal disatukan tak lama lagi.”

Tergamam Ema. Kakinya terundur ke belakang. Dadanya berdegup laju.

“Terkejut ke?”

Pucat wajah Ema. Lidahnya tiba-tiba menjadi kelu. Banyak soalan yang ingin ditanya tapi sukar untuk dia luahkan kepada gadis itu.

“I Airin. You mesti nak sangat tahu tentang I kan. Sabar. Hari ni you akan kenal siapa lelaki yang you anggap baik.”

Tubir mata Ema semakin hangat. Dia akui semakin takut untuk mengetahui kenyataan sebenar. Tiba-tiba Airin hulurkan bingkai gambar yang ada di atas meja. Terketar-ketar tangannya menyambut huluran itu.

Sebaik saja dia melihat gambar itu, bungkusan makanan yang dipegang sejak dari tadi, terlepas dari tangannya. Gugur juga air matanya ketika ini.

“Dia tunang I. Megat Khalish.”

Dup!

  Megat Khalish...

Karl?

🔥

Siapa pilihan Karl? Airin vs Ema🥲

Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now