❤️❤️❤️

268 4 0
                                    

“Sakit lagi?”

“Ehmmm...” Gumam Ema. Tak berani dia nak menatap wajah di sebelahnya.
Lama Karl merenung wajah Ema yang masih tunduk menekur lantai. Kedua tangannya digenggam kuat. Mahu saja dia menarik tubuh yang sedikit kurus itu ke dalam pelukannya. Rasanya baru sebulan yang lepas mereka berjumpa.

“Suami awak tak kisah kerja sampai lewat malam?” Sengaja dia bertanya. Nak tahu juga, apa reaksi gadis ini.

Ema gelengkan kepala. Dalam hati berdoa, janganlah Karl bertanya apa-apa lagi. Takut rahsia silamnya akan terbongkar.

“Geleng tu maksudnya apa? Tahu atau tak ada suami?”

Seram sejuk Ema dibuatnya. Perlahan-lahan dia angkat wajahnya. Terasa kelu lidahnya untuk memberikan jawapan.

“Tolong isi borang ni dulu. Kejap lagi kami akan rawat cik.” Tiba-tiba muncul seorang jururawat sambil menghulurkan borang. Nafas lega ditarik perlahan. Mahu saja dia berterima kasih kepada jururawat tersebut kerana telah menyelamatkan keadaan.

Belum sempat Ema mengambil, Karl terlebih dahulu yang mengambil borang tersebut. Selamba saja dia keluarkan pen untuk mengisi maklumat peribadinya.

“Awak masih tinggal di alamat sama kan?”

Teragak-agak Ema nak menjawab. Karl tersenyum senget.

“Biar Ema yang tulis. Tangan Ema masih okey.”

“Tak payah. Saya tak pernah lupa semua tentang awak!” Keras nada suara Karl.

Ema terdiam seketika. Hampir saja dia menangis mendengar jawapan lelaki itu. Karl bangun dan berlalu ke kaunter. Dia menulis semua maklumat peribadi gadis itu sehingga selesai. Borang itu dihulurkan kepada jururawat tadi.

“Ini borangnya.”

“Encik suami dia ke?”

“Tak.”

Berkerut dahi jururawat tadi. Dia pandang wajah Ema yang masih duduk termenung di kerusi lobi.

“Apa hubungan encik dengan dia?”

“Saya bakal suami dia.”

Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now