Teaser 4

416 8 0
                                    

Teaser 6 🥲

#mtb

Karl terduduk lemah di situ. Rambutnya diramas kasar. Tanpa sedar, air matanya menitis ke pipi. Kesal kerana Ema pergi tanpa sempat mendengar penjelasan darinya terlebih dahulu.

Nafasnya terasa berat. Tercungap-cungap dia cuba mencari udara. Lehernya dipegang kemas.

“Allah…”

Makin tak tentu arah dia dibuatnya. Susah payah dia cuba keluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Nombor Aizat didail.
Nafas ditarik sedikit panjang. Perlahan-lahan dia cuba hembuskan agar dirinya dapat bernafas dengan selesa.

“Hello.”

“Aizat… to… tolong aku. Aku sakit.”

😔

Nak tahu apa jadi, tunggu🤫

Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now