Teaser remuk💔

308 2 0
                                    

“Karl minta maaf. Karl…”

“Dah terlambat Karl. Hati Ema dah cukup hancur. Tak cukup dengan dendam bodoh Karl, sekarang Karl sanggup bertunang dengan orang lain. Ema pun ada perasaan. Sakit sangat. Tak sangka ini hadiah paling bermakna Karl hadiahkan sempena ulang tahun kita.”

Esakan Ema terlepas juga. Menggigil tubuhnya menahan marah. Hampir dua minggu dia memendam rasa benci terhadap perbuatan Karl. Tak sangka sudah hampir setahun Karl bergelar tunangan orang. Lebih menyakitkan hati apabila dia baru tahu latar belakang Karl. Patutlah selama mereka berkawan, Karl tidak pernah membawa dia berjumpa dengan ahli keluarganya. Mungkin terlalu malu kerana dia hanyalah orang kampung.

“Tolong jangan seksa, Karl.”

“Sakit kan? Macam tulah Ema rasa bila dikhianati. Kenapa Karl kejam? Apa salah Ema? Atau sebab Ema terlalu naif sampai Karl boleh perbodohkan Ema.”

“Tak sayang. Jangan cakap macam tu. Tolong dengar dulu penjelasan Karl.”

“Semuanya dah terlambat. Karl pun dah nak kahwin. Sebab tu Ema sengaja pilih tarikh yang sama untuk majlis pertunangan Ema. Sebab Ema nak lupakan semuanya tentang kita. Dan Karl patut buat perkara yang sama selepas berkahwin nanti. Lupakan Ema dan jalani hidup dengan lebih baik.”

Puas hati Ema. Biarlah dia nampak jahat di mata Karl. Lebih baik Karl sedar sebelum ada banyak hati yang bakal terluka. Terutamanya ibu bapa mereka.

“Memang dah tak ada peluang lagi ke untuk Karl betulkan keadaan?”

💥💥💥

Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz