Teaser 💕

226 3 0
                                    

Rea Dy stok😘

#masihterusberharap

“Ema tak salah apa-apa. Yang salahnya, Karl. Banyak khilaf Karl sepanjang kami berkawan dulu. Mungkin ini salah satu cara Allah nak menegur kami untuk jaga batas pergaulan kami. Karl patut minta izin daripada mak dan ayah sebelum kami berkawan.”

Tangan isterinya diraih dan digenggam kemas. Itulah kesilapan terbesar yang pernah Karl lakukan. Sepatutnya dia tidak memandang ringan terhadap hal itu. Banyak dosa yang dia lakukan ketika bersama Ema dulu.

Encik Eizlan terdiam seketika. Lama dia menatap wajah anak dan menantunya. Perkara yang berlaku hari ini, sungguh di luar jangkaan.

“Lepas makan berehat. Jangan nak berjaga sangat. Esok ada majlis lagi.” Penuh makna Encik Eizlan berikan arahan.

Berbahang wajah pasangan itu. Puan Hamidah segera menarik tangan suaminya supaya beredar dari situ. Sebaik saja tinggal mereka berdua, Karl tundukkan wajahnya. Dia mahu melihat wajah manis isterinya.

“Jangan menangis.”

“Ema tak nangis.”

“Habis tu, ni apa?” Sisa air mata di pipi isterinya diseka perlahan.

“Sorry. Ema cuma sedih sebab ayah masih tak dapat lupakan kesalahan Ema.”

  Karl mengangguk faham. Bahu isterinya ditarik rapat ke dadanya. Terlalu banyak penderitaan yang dialami oleh isterinya.

“Lepas ni jangan menangis lagi. Janji dengan Karl. Kita akan sama-sama berkongsi susah dan senang.”

“Ehmmm…”

“Kalau dulu Ema jadi vitamin Karl, kali ni giliran Karl jadi penawar untuk setiap luka di hati sayang.”

Berbahang wajah Ema. Malu kerana kata-kata itu pernah diungkit olehnya dulu.

“Karl masih ingat.”

“Mestilah. Kan Karl dah pernah beritahu sebelum ni. Tak ada satu pun perkara yang Karl lupa tentang Ema.”

Bergenang tubir mata Ema. Sungguh dia bersyukur kerana dirinya masih diberi peluang untuk mendapatkan kasih sayang dari lelaki ini. Sebenarnya masih banyak perkara yang hendak disoal. Tapi dia tidak mahu merosakkan suasana gembira mereka.

“Sekarang jom makan.”

“Ema dah kenyang.”

“Jangan macam tu. Muka sayang pucat sangat ni. Kita kongsi nak?”

Ema mengangguk laju. Memang dia tak berselera. Demi menjaga hati suaminya, dia membuka mulutnya untuk menerima suapan dari lelaki itu.

❤️❤️❤️

Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now