Ready stok 🌟🌟🌟

178 3 0
                                    


“Dah empat tahun kau dengan dia. Sampai bila nak bercinta? Tak pernah ke kau tanya dia pasal masa depan.”

  Terdiam Ema. Ini kali kedua dia menerima soalan yang sama. Sebenarnya dia sudah lebih bersedia untuk bergelar isteri Karl. Tapi takkan dia yang nak terhegeh-hegeh.

“Diam tu, tahu sangatlah aku jawapan kau tu. Satu aje nasihat aku. Nak bercinta, boleh. Tapi jangan terlalu percayakan lelaki ni.”

“Kau ni selalu takutkan aku.”

“Aku cuma nasihatkan aje.”

Tiba-tiba terdengar bunyi hon motosikal di luar rumah. Masing-masing berpandangan. Ema pandang jam di atas meja. Sudah pukul 10 malam.

“Siapa tu?” soal Wardah.

“Jangan-jangan…” Bergegas Ema keluar dari biliknya. Dia mengintai sedikit di tingkap rumah. Nampak saja kelibat Karl, makin berderai air matanya. Cepat-cepat dia keluar dari rumah dan berlari ke arah Karl.

Belum sempat Karl menanggalkan topi keledar, tubuhnya dipeluk kemas. Tergamam dia seketika. Sebaik saja dia melihat kedua mata gadis itu sudah sembab, lekas dia menanggalkan topi keledar.

“Kenapa menangis ni?”

Ema menggeleng laju. Pipinya diseka perlahan.

“Jangan tipu. Banyak kali Karl call. Tapi tak berangkat. Sebab tu Karl datang sini. Ema marahkan Karl ke?”

Kedua pipi itu disentuh lembut. Memang dia bersalah kerana terpaksa memungkiri janjinya. Selepas makan malam bersama keluarga Airin, dia bergegas ke sini. Risau juga kerana Ema langsung tidak membalas mesejnya petang tadi.

“Err… ya. Ema marahkan Karl.” Terpaksalah dia berbohong.

“Teruk sangat merajuk ni. Nasib baik Karl datang. Dah makan?”

Ema gelengkan kepala. Sesekali dia menguis baju t-shirt lelaki itu.

“Pergi bersiap. Karl temankan Ema makan.”

Tak berkelip mata Ema memandang wajah lelaki itu.

“Karl tak makan lagi ke?”

“Dah. Tapi masih ada ruang untuk makan dengan Ema.” Karl tepuk perutnya sedikit.

Tergelak Ema. Makin menebal rasa sayang dan cintanya terhadap lelaki ini. Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian.

Masuk saja ke dalam bilik, Wardah masih lagi berbaring di atas katilnya sambil membaca majalah.

“Aku nak keluar dengan Karl. Kau nak kirim apa-apa?”

“Tak nak. Dah lewat ni.”

“Kejap aje aku keluar.” Ema menyapu sedikit bedak di wajahnya.

Menggeleng Wardah. “Suka hati kaulah. Asal kau pandai jaga diri. Ingat sikit family kau dekat kampung.”

Wardah keluar dari bilik dengan wajah mencuka. Mendengar pesanan rakan baiknya itu, hati Ema sedikit terusik. Jujur dia bersalah kerana terpaksa berbohong selama ini terhadap ibu bapanya di kampung. Mungkin dia perlu berbincang dengan Karl tentang hala tuju hubungan mereka. Sampai bila mereka perlu berkawan tanpa ikatan yang sah?

❤️❤️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Masih Terus Berharap (Tajuk asal Berhenti Berharap)Where stories live. Discover now