51☀️The Continuation☀️

12 0 0
                                    

Lemah. Itu sahaja yang dapat aku rasakan sekarang. Mata aku terasa berat. What happened?

Aku di mana? Adakah ritual tadi berjaya? Atau gagal?

Mustahil! Aku nampak medan sihir itu berfungsi.

Aku nampak...

Aku...

"..."

Medan sihir? Ritual? Apa yang aku cakap ni?

Tunggu! Bukan ke aku...?

Ah! Aku dah ingat. Aku accident dengan dua sahabat aku, Mike dan Ladd

"Tch!"

Kepala aku sakit. Aku nak picit tapi aku tak boleh angkat tangan aku.

Mike... Ladd... I hope both of them are okay.

"Archestar! Kau sudah sedar ke?"

Macam kenal suara tu. Tapi...

Siapa?

"Buka mata kau perlahan-lahan."

Aku pun mengikut apa yang disuruh. Kabur tapi lama-kelamaan aku dapat melihat dengan jelas. Aku menggerakkan kepala aku untuk menoleh ke sebelah. Seorang lelaki berambut putih merenung wajah aku dengan risau.

"Travis? Is that you?"

Eh! Apa aku ni!? Aku mana kenal dia! Aku ni memandai  je.

"Eh! Kau ingat aku lah, Archestar! Splendid!"

What did he just called me?

"Ermm...my name isn't Archestar. It is Ashwin."

"Aku tahu tapi kau tetap Archestar Aurinko yang aku kenal!"

What the fuck is going on with him!? Dia ni gila ke?

Wait!

He might be...

Tapi, nama yang dia panggil tu ada 'Aurinko' dekat akhir. Nama aku pun ada juga

Dan...

Dia tak 'betulkan' nama aku pun. Dia kata dia tahu nama aku.

But, still... Bagi aku dia tetap orang gila.

"Biar aku teka, Archestar. Kau mesti fikir yang aku ni gila, bukan?"

Oh, shit! Mana dia tahu!?

"Tidak mengapa. Aku faham. Lagipun, benda sudah lama."

Suara lelaki yang dipanggil 'Travis' kedengaran sayu di telinga aku. Apa maksud dia?

"By the way, is your name really Travis?"

"Ya, nama aku Travis. Kalau betul kau bukan Archestar, macam mana kau tahu nama aku? Apa sahaja yang kau ingat?"

Bertubi-tubi soalan Travis untuk aku. Aku tak rasa perkatan 'ingat' tu sesuai, tapi aku rasa aku ada mimpi yang ada kaitan dengan Travis. Kemudian, dalam mimpi aku tu, aku ada nampak benda yang menabjubkan.

"Saturn... I see Saturn. The coils of planet Saturn."

Aku nampak gegelung planet Zuhal dekat atas tanah! Gempak betul mimpi aku!

"Oh! You keep on saying that centuries ago. What is 'Saturn'?"

...

Biar betul dia ni?

"Planet. Zuhal tu planet. Dekat angkasa. Selepas planet Marikh."

"Woah! Hebat betul! Kau makin bertauliah! Adakah kau berjaya pergi ke sana? Lagipun, kau pernah kata yang kau ingin ke Zuhal apabila kau berjaya buka pintu ke dunia ini."

Aku ternganga mendengar bebelan Travis. Apa yang dibebel Travis tidak masuk akal.

"Kalau nak pergi planet lain kena pakai roket angkasa lepas."

"Roket? Roket itu kapal ke? Macam kapal layar? Tapi untuk pergi angkasa?"

...

Aku penat.

☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀

"Mereka berdua tidak seharusnya tinggalkan kau. Mereka berdua serigala, mereka ada kekuatan melebihi manusia biasa. Mereka boleh bantu kau masa tu!"

"Tu aku tahu. Aku yang suruh mereka tinggalkan aku. Lagi pun, aku baru je nak proses apa yang sedang berlaku dekat aku..."

Aku mengeluh berat. Sakit kepala tadi masih ada cuma berkurangan. Kaki kiri aku terasa lemah untuk digerakkan berbanding kaki kiri.

Sudah! Aku jadi cacat ke?

"Tulang kaki kiri kau tu sebenarnya ada kesan patah tapi entah macam mana dia pulih. Apa yang kau buat, Archestar?"

Oh! Aku lupa yang Ladd ada pakai kebolehan dia untuk pulihkan aku masa tu. Tapi...

"Aku Ashwin. Bukan Archestar."

Kata-kata aku hanya membuakan Travis tersenyuman. Entah kenapa, aku rasa ada sesuatu di sebalik senyuman Travis tapi aku tak tahu apa itu.

"Ash, kau ada adik?"

Adik?

"Umm... No. Tapi aku ada kakak tiri."

Kenapa dia tiba-tiba tanya?

"Why ask?"

Wajah Arwin muncul di dalam pemikiran aku. Aku tak tahu kenapa, tetapi setiap kali aku berjumpa dengan Arwin, aku rasa sesuatu yang aku tak pernah rasa dalam hidup aku. Sesuatu yang aku seharusnya rasa terhadap Madelyn.

"Heh... Kau ada adiklah, Ash! Kau saja yang tak pasti sama ada dia betul-betul adik kau atau tidak."

"Apa yang kau merepek ni?"

Mustahil Arwin adik aku. Kalau macam tu, ibu kandung aku...

Travis menunduk, senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dia mengangkat besen yang dipenuhi air lalu bangun daru duduknya.

"Kau berehatlah dulu, Ash. Nanti aku kembali selepas aku sediakan makanan untuk kau. Kalau kau bosan, kau pergilah bersiar-siar dekat luar tapi jangan jauh sangat..."

Aku baring semula. Badan aku yang tadinya lemah kini sudah bertenaga.

Bersiar-siar eh?

Aku bangun semula. Aku cuba kuatkan kaki kiri aku untuk mendekati pintu. Pintu dibuka dan aku terus terlopong.

"Aku dekat mana ni!?"

Hanya pokok-pokok tebal mengelilingi rumah Travis menjadi santapan mata aku.

Gila! Aku dalam hutan!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now