22☀Demonic Attack

257 25 0
                                    

"I'm home!"

Aku mula melilau. Aikk? Senyap je...

"Papa?! Kak Medal?! Kau orang dekat mana?!"

Shit! Aku lupa.

Madelyn dengan papa kan dekat hospital? Apalah aku ni..

Yass! Duduk seorang diri.

☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀

Malam makin menjelma. Bulan mengambang terletak elok di langit yang gelap.

Tak perlu pasang lampu. Cahaya bulan ni sudah memadai.

Apa aku buat sekarang? Aku tengah baca buku komik. Tajuk dia 'Magis Manis Coklat'.

Aku tengok watak Shokora ni nak sebijik dengan Arwin. Tapi aku tak pastilah macam mana Arwin boleh jadi ahli sihir.

Hurmm... bukan urusan aku.

Tumm!

"Meowww!!"

Terkejut beruk aku apabila Draco menjerit sebegitu rupa. Bunyi guruh je pun.

Tapi, peliklah. Sebelum ni tak ada pula dia menjerit macam tu. Ini yang buat aku heran.

Draco melompat menuju ke pintu. Kepalanya kemudian menghadap aku.

"Meoww!"

"Kenapa dengan kau, Draco?"

Panggg!

Aku terkejut sekali lagi. Aku memandang Draco. Mata kuning-oren Draco yang bercahaya merenung aku dalam bilik gelap.

Okay, aku faham maksud dia.

"Tunggu sini. Biar aku check dapur."

Draco menggigit hujung seluar aku seolah-olah tidak membenarkan aku pergi.

Ni yang sedih ni.

Baru sahaja aku ingin memulas pintu, aku terdengar langkah tapak kaki seorang. Tak akan Madelyn?

Kriekk...

Bunyi pintu bilik sebelah menambahkan lagi suasana seram. Badan comel Draco aku angkat dan memeluk eratnya.

Entah kenapa mata aku tiba-tiba bermasalah. Kabur-kabur kemudia gelap. Namun, Draco masih dipangkuan aku.

Mata aku mula menampakkan sesuatu namun tidak jelas kerana ada sedikit hitam di tepi penglihatan aku.

Pink. Semuanya pink. Macam bilik Madelyn.

Aku gentar saat melihat 'benda' yang masuk ke dalam bilik Madelyn.

Aku dapat lihat dengan samar-samar 'benda' yang sedang memunggah barang Madelyn. I'm dead meat with Madelyn.

Berhenti punggahlah, sial!

Jeritku namun aku tak mampu. Tapikan, macam mana aku boleh ada dalam bilik ni? Badan aku pun tak boleh gerak. Aku macam...





Patung. Hanya memerhati setiap perkara yang berlaku.

'Benda' tadi memusingkan badannya menghadap aku. Now aku dah nampak dia.

Tubuh badan yang tinggi dan kurus, bentuk muka yang panjang dan berkepala botak, mata PUTIH YANG TERJOJOL KELUAR, HIDUNG MANCUNG TAPI TAK HANDSOME DAN GIGI TARING YANG TAJAM?!

Adakah ini...

Nosferatu?

Seolah-olah tahu aku memerhatikannya, Nosferatu itu melibas aku menggunakan tangannya. Akibatnya, aku seperti patung yang jatuh di atas lantai. Mata aku menjadi kabur dan gelap.

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now