27☀The End Of Peaceful Life 2

213 26 0
                                    

Apa tadi tu?

Kenapa aku rasa macam... benda buruk berlaku?

Ashwin...

Kenapa aku boleh teringat pasal lelaki tu?

Ada benda buruk berlaku pada dia ke?

Atau...

"Win! Kenapa kau mandi lama sangat?!"

Suara Teo bergema dari luar telah mengejutkan aku dari lamunan. Hurmm...

Perasaan aku je kot?

"Win! Kau sedar tak yang kau guna bilik mandi aku?!"

"Ya... ya.. Aku tahulah."

Aku keluar dari bathtub lalu mengambil tuala hitam. Aku melilitnya di badanku.

Dup...

Dap...

Dup...

Dap

Irama jantung aku tidak sekata. Namun, aku menghiraukan semua itu.

Dup...

Dap...

Ke... kenapa makin perlahan...?

Tangan kananku memegang dada manakala tangan kiriku pula membuka pintu bilik air.

Dup...

"Arghh... " saat aku ingin tumbang, Teo dengan pantas memaut bahu aku.

"Win! Kenapa ni?!"

"Aku... aku... erghh... "

Aku tidak mampu mengeluarkan suara. Badan aku semakin lemah. Dan... aku perasan sesuatu pada Teo.

Hanya tuala yang membaluti tubuhnya.

"Kau ni kan...? Haihh..."

Teo memapah tubuhku ke katil berdekatan. Diletak perlahan aku ke atas katil yang empuk itu.

"Biar aku rawat kau. Sekarang, duduk diam-diam dan jangan buat apa-apa."

Aku hanya memerhati perbuatan Teo mengurut bahu aku yang terdedah sambil membacakan sebuah mantera sihir.

Beberapa minit kemudian, aku kembali okay. Cuma hati aku tak tenang.

"Pelik betul. Selalu kalau kau tak sedap hati takdelah kau sampai lemah macam ni. Apa dah jadi dekat kau?"

Aku tidak mengeluarkan suara bagi membalas pertanyaan Teo.

"Arwin Fengari Zef, aku tanya ni. Kenapa kau..."

"Bersiap-siap sekarang. Kita kena pergi satu tempat."

Aku memotong percakapannya lantas keluar bilik dalam keadaan yang tergesa-gesa. Aku perlu berjumpa dengan Ashwin.

Lagipun... aku malu dengan Teo sebenarnya. Dahlah dia tak pakai baju...

Selepas kami bersiap, kami turun ke bawah.

"Meoww!"

Aku terkejut kerana ada seekor kucing hitam menghalang jalan aku.

"Drake? Apa kau buat dekat sini?"

Aku terkejut untuk kali kedua. Teo panggil dia apa tadi?

"Meoww meoww!!"

"Jadi, benda nilah yang buat kau tak sedap hati sampai lemah-lemah, Win."

Berkerut dahi aku mendengar setiap butir bicara Teo. Aku tertanya-tanya...

"Apa yang Drake cakap, Teo?"

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now