23☀Science&History

244 30 0
                                    

Aku betul-betul tak sangka, yang ada exam lagi. Hari ini subject History dengan Science.

Sepatutnya History buat selepas Litterature. Patutlah aku macam pelik je lepas exam Litterature.

Babi.

"Ash, kau rasa kita pergi sekolah atau masuk Bermuda Triangle? Aku peliklah."

"Kau jangan tanya aku, Mike. Aku tak tahu."

"Perlu ke kita jawab exam? Malaslah..."

Ladd berkata sambil berjalan persis orang tiada tulang belakang.

"Kenapa kau jalan macam itu, Ladd? Macam sotong aku tengok.
Tinggal nak letak soybean je..."

Aku mengemam bibir menahan ketawa. Sotong, bodoh! Aku allergic dengan perkataan sotong!

"Kau! Ya, kau! Kau kalau nak gelak, gelak! Jangan risau! Aku bagi tendangan free untuk kau!"

Ladd berkata sambil jarinya menuding jarinya pada aku. Akhirnya kami tergelak bersama.

"Aku pakai Mike untuk defence aku."

"Fuck you, Ash!"

"Kau bagi aku tendangan free, aku bagi tendangan penalti! Hah, it's between you and me!"

"Tak guna..."

Aku dan Mike ketawa saat melihat muka cemberut Ladd.
Ladd yang melihat aku dan Mike pun ketawa juga.

☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀

Aku masih lagi meneruskan pencarian rantai leherku. Haishh! Menyusahkan betul!

"Mana ni…?" Gumamku seorang diri.

Tiba-tiba, aku seakan terdengar derapan kaki seseorang. Walaupun bukan dalam lorong gelap ini, bunyinya jelas di telinga aku.

Hurrmm… mungkin ada orang menuju ke lorong ni?

Ah! Aku tak peduli! Rantai aku harus dicari! Rantai tu kakak aku yang bagi!

KLUNK!

KLUNK!

Aku tersentak. Bunyi seperti loceng menarik perhatian aku. Aku cuba mendengar dengan teliti bunyi loceng tadi. Bunyi loceng ini mempunyai maksud tertentu.

KLUNK!

KLUNK!

KLUNK!

Dadaku berombak kencang. Nafasku mula tak teratur. Kulitku berubah pucat.

Ini… loceng kematian. Dan… ia menuju ke lorong ini.

KLUNK!

KLUNK!

Aku panik. Bunyi loceng jelas kedengaran seperti ia ada di sebelah aku walaupun sebenarnya loceng itu bukan berada di lorong ini.

Cuma yang aku pasti, bunyi loceng tadi menuju ke sini.

KLUNK!

KLUNK!

"ARRGHH!"

Aku menjerit seraya menutup kedua-dua belah telinga aku.

Aku Clairaudience (psychic hearing). Aku tak boleh dengar bunyi yang macam ni. Mataku dipejam rapat.

"Are you okay, sweetie?"

Aku membuka mata. Serta-merta pipi aku merona. Aku berada di dalam dakapan seorang lelaki.

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now