41☀Regret

147 22 0
                                    

Aku... aku betul-betul tak sangka...

Arkella...

Adakah ini mimpi? Atau... sekadar mainan ilusi?

Atau... benar-benar realiti?

Jika benar ia realiti...

Aku menyesal.

☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀

"Bersaksikan para tetamu yang hadir pada hari ini... Archestar Aurinko, The Great Shadow Hunter and Rosa Sebastian, The Great Undead Queen... adakah kalian sudi menerima masing-masing sebagai pasangan hidup yang kekal?"

"Kami sudi... "

"Dikala senang atau susah, sakit atau sihat... adakah kalian berjanji akan menjaga antara satu sama lain?"

"Kami berjanji.."

"Archestar Aurinko... adakah kamu berjanji akan menjaga Rosa Sebastian seperti nyawa kamu sendiri?"

"Ya... aku berjanji akan menjaga dia seperti nyawa aku sendiri.."

"Rosa Sebastian, adakah kamu terima janji dan ikrar Archestar Aurinko?"

"Ya... saya terima janji dan ikrar dia..''

"Jika begitu, pada hari yang berbahagia dan bersejarah ini kalian telah pun sah menjadi pasangan suami isteri.

You may kiss the bride... "

☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀

Arak Yumen diteguk rakus. Entah sejak bila aku mula 'minum'.

Yumen bermaksud 'tertekan'. Pelayan bar tadi suggest arak ni dekat aku sebab dia cakap aku nampak macam tertekan.

Ya. Aku tertekan. Tertekan kerana menahan perit di hati.

Aku fikir... ia hanya mimpi. Namun, pemikiran aku salah.

Sumpah... andai kata masa mampu diputar semula, aku akan cuba memulihkan keadaan. Sungguh... aku menyesal.

Arkella...

Tingkap bilik dibuka luas. Kepala didongakkan melihat langit yang gelap. Terdapat beribu-ribuan bintang membentuk buruj yang pelik.

Buruj itu kelihatan seperti seorang gadis yang memegang beberapa kuntum bunga. Ramai berkata bahawa gadis yang menjadi ukiran bintang dilangit itu merupakan Puteri Bulan, pemerintah alam mimpi. Dia akan memberi kita mimpi yang indah.

Adakah Arkella merupakan Puteri Bulan yang disebut-sebut orang ramai?

Jika aku ialah Pahlawan Pemburu Bayang, Arkella pula ialah Pemburu Bayang Malam. Adakah Puteri Bulan merupakan identiti palsu Pemburu Bayang Malam?

Entahlah... Arkella tidak pernah bercerita perihal dirinya. Kena tanya dulu baru dia cerita.

Tunggu! Pernahkah aku bertanya perihal dirinya? Pernahkah aku bertanyakan apa yang dia rasa?

Memang ada tapi, ia tidak cukup untuk memberikan Arkella kasih sayang dan perhatian.

"Archy... " suara bernada lembut namun serak basah memanggil nama manja aku.

"Sayang... kenapa menangis ni?"

Hairan betul aku melihat Queen Rosa menangis hiba sebegini. Apa yang berlaku?

"I miss her already. Walaupun dah 5 hari berlalu... ''

Aku mengemam bibir. Empangan air mula terbentuk. Aku cuba menahan empangan itu dari pecah namun... aku gagal. Queen Rosa aku peluk supaya tangisanku terlindung dari mata merahnya.

Air mata bercucuran mengalir di pipiku. Aku mengesat menggunakan hujung baju.

"Shh... stop crying. Abang pun sedih.."

Belakang badannya diusap lembut oleh tanganku. Tiba-tiba, Queen Rosa meleraikan pelukanku.

"Abang?" Soalnya sambil tersenyum dengan linangan air mata. Merah padam wajahnya menuturkan perkataan tadi.

Aku tersengih nakal. Badan Queen Rosa aku cempung dan membawanya ke katil.

Tubuhnya aku baringkan secara perlahan lalu badan tegapku menindihnya.

"I love you... " bisikku di telinganya.

"I love you too... " balasnya sambil tangan kanannya melurut rambut merahku yang terjuntai. Mungkin terkena matanya.

Bibir merah delimanya mengukir secalit senyuman yang ikhlas. Aku yang terpesona dengan kecantikan Queen Rosa terus menerkam bibirnya yang mengancam itu.

☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀

Water
◆Powdered root of asphodel ◆Infusion of Wormwood ◆Valerian root
◆A Sopophorous Bean
◆A Sloth brain

"Salin bahan-bahan ni dalam buku tulis kamu. Cikgu nak keluar sebentar. Jangan buat bising, tau?"

Pesanku kepada 30 orang pelajar di hadapanku. Langkah diatur keluar dari bilir darjah itu.

Langkah diatur menuju ke bilik darjah yang kedua. Kelihatan 33 orang pelajar sedang mencatat sesuatu. Beerti ada guru yang menjaga mereka.

Pintu bilik darjah itu aku ketuk. Seluruh mata yang tertumpu pada buku teralih pada aku.

"Ya... ada apa?"

"Kau ada kelas tak nanti, Ukraina?"

Aku menyoal Ukraina sambil melurut rambutku ke belakang. Ukraina tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Kalau macamtu, ganti aku boleh? Aku ada hal lah."

"Boleh sahaja."

Hati aku melonjak gembira. Aku berlalu dari situ. Baru beberapa langkah...

"Arach... "

Aku tersengih. Panggilan Arach itu tidak asing bagi aku. Aku tahu siapa yang memanggilku begitu.

"Uiii... curi tulang ke?" Gurauku. Serigala di hadapanku ini menjeling tajam aku. Beberapa saat kemudian, kami tergelak.

"Lol... habistu, kau tu suruh si Ukraina relief kelas kau, amende pulak?"

Serigala jantan itu memukul bahuku. Aku tergelak.

"By the way, Mike... kau buat apa dekat sini? Sini kan kelas untuk sihir... sesat ke?"

Mike... serigala jadian yang menjadi tenaga pengajar di sini. Dia di antara serigala yang kuat dalam abad ini.

"Err... aku nak jumpa kau sebenarnya... " jawab Mike dengan nada yang agak janggal.

"Kenapa?"

Aku hairan. Dah kenapa serigala ini nak jumpa aku?

"Ada sesuatu yang aku nak tanya kau. Tentang seseorang..."

Aku menelan pahit air liurku. Did he know...

"Who?" Tanyaku. Mike memandang serius wajahku.

"Puteri Bulan yang jadi bualan ramai tu actually adik kau kan?"

Lidahku kelu. Sebak kembali bertandang dalam hati.

☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀

Aku terpana mendengar kata-kata The Healer.

"Pastikan Cik Rosa tidak melakukan sebarang pekerjaan yang berat... " pesan The Healer namun aku masih dengan dunia aku sendiri.

"Archy!"

Aku tersedar. Aku cuba memerhati sekeliling. Cuba mencari kembali bayangan The Healer dan Queen Rosa.

"Tuan okay? Tuan gembira tak dengan berita ni?"

The Healer menyoalku. Aku tersenyum manis.

Gila! Suami mana tak gembira bila isteri sendiri mengandung?

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now