36☀Nightmare

158 20 0
                                    

"Please, Glanchie... bagilah saya rehat. Setiap malam awak attack saya. Awak takde life ke?" Rungutku pada gadis berambut pendek di hadapanku.

"Taknak. Lagipun, aku nak tunjuk dekat Teo yang aku mampu hidupkan makhluk yang telah mati."

Ujarnya sambil menghentak-hentak kakinya di tanah.

Glanchie Neige, patung yang dirasuk roh. Siapa tah bodoh pergi pindah roh ahli sihir putih dalam patung celaka ni..?

"Tapi... takkanlah setiap malam awak nak 'sental' saya? Saya penat, tahu tak?! PENAT!!"

Aku menjerit perkataan PENAT di wajahnya. Berkerut wajahnya terkena percikan air liurku.

"KURANG AJAR, KAU!!"

Aku tersenyum.

Damn... she really pissed off.

"Kali ini kau terlepas," kata Glanchie lalu terbang dari situ.

...

...

...

Aku... cedera ringan sahaja, bukan?

☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀

"You're home, sis?"

Soal abangku tatkala aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Yes... I'm already home, brother,'' jawabku sambil meletak pedang berbilah biru gelap di atas meja.

Archestar bangun lalu berdiri di sebelah aku. Aku agak hairan dengan kelakuannya.

''Takde luka? Mesti musuh kau tu lemah.."

Kalau Glanchie dengar, mahu dia belasah aku sampai lunyai.

"Bukan. Dia lepaskan Kella."

Aku berkata seraya meminum air kosong. Sejujurnya...

Aku dah muak dengan semua ni.

"You look gloomy, Kella. What's wrong?"

Ada orang nak bunuh Kella, abang. Ingin sahaja aku meluahkan apa yang menggangguku namun sekadar dalam hati.

I hate myself.

"Kella... tell me. Musuh kau tu kuat sangat ke?"

Aku hanya membatukan diri. Serius aku cakap...

Aku rasa aku tak patut dilahirkan.

Kelahiran aku membawa bencana.

"Kella, what's wrong with you? You make me worried!"

"I'm okay," aku bersuara setelah lama berdiam diri. Senyuman manis dihadiahkan untuk abangku.

Aku cemburu dengan Archestar. Kelahirannya membawa kebahagian sementara aku...

Bawa sial.

"Walaupun kita berlainan bapa, aku tetap abang kau. Bagitahu aku apa yang terjadi," bebelnya. Aku hanya membatukan diri.

Penatnya hidup...

"Kau ni... buat aku rasa takde function jadi abang.."

Aku menekup dahi. Tawa kecil terletus di bibirku.

Damn... he's funny as fuck..

"Dahlah... pergi tidur. Kella okay je.." pujukku. Archestar pun berlalu ke biliknya.

Apabila kelibat Archestar menghilang, aku duduk di atas kerusi di dapur. Kepala aku dilentokkan di atas meja.

Mata dipejam. Hari esok bakal tiba. Penentuan sama ada aku hidup atau....sebaliknya.

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now