31☀Undead Queen's Love Story

165 16 0
                                    

Aku menepis setiap kali Queen Rosa melakukan serangan.

"Awak sangat kuat. Saya sedar pasal tu."

Queen Rosa berkata sambil mengelap peluh di dahinya.

"Aku taknak lawan dengan kau."

"Kenapa?! Awak fikir saya lemah?!"

"Tak. Tapi sebab kau tu perempuan. I don't fight with a girl. Don't waste my time."

Aku merenung dalam mata merah Queen Rosa.

Queen Rosa yang mendengar kata-kata aku mengetap giginya.

"Habistu, kenapa awak nak bunuh Terressa?! Dia pun perempuan!"

"Aku nak bunuh dia sebab dia dah banyak lahap manusia." Ujarku bersahaja.

Queen Rosa agak terkejut dengan ujaranku. Lantas, kepalanya dipalingkan pada Terressa.

"What is this, Terressa? Awak cakap Archestar nak bunuh awak dan keluarga awak."

"DIA TIPU!!"

"Kau telah ditipu, Rosa. Harimau ni nak perdaya kau. And one more thing, 10 000 Ducat tak wujud."

Queen Rosa kelihatan ingin mengamuk. Pedang dicapai untuk memancung kepala si harimau.

Si harimau pantas mengelak. Dia melompat ke atas dahan besar sebuah pokok.

"BOTH OF YOU ARE IDIOT!!! HAHAHAHA!!"

Terressa ketawa jahat lantas melompat dari pokok ke pokok. Meninggalkan aku dengan permaisuri puak Undead.

Aku berdehem. Queen Rosa memalingkan wajahnya pada aku.

"Hilang 10 000 Ducat kau."

Aku berseloroh. Queen Rosa hanya merenungku.

Tiba-tiba sahaja aku jadi segan dengannya.

"Saya tak kisah pasal 10 000 Ducat tu."

"Habistu? Kenapa kau nampak sedih?"

Hmm… dari tadi raut muka dia macam sedih. Atau dia…

"Saya malu dengan awak. Saya nak bunuh awak. Padahal awaklah penyelamat dunia."

Ada air mata yang ingin jatuh dari tubir matanya. Aku pantas menyekanya.

"No need to be sad, Dear Queen. Aku tak kisah pun. Nanti kita buru harimau sial tu."

Aku memujuknya. Queen Rosa tergelak kecil mendengar kata-kataku tadi.

"10 000 Ducat kita bahagi 2. Amacam?"

Aku tersengih. Lantas aku mengangguk.

"Seorang dapat 5000 Ducat."

☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀

"Cantiknya rumah- AAAAAHHH!!"

Aku terperanjat tatkala mendengar jeritan Queen Rosa. Aku berlalu ke ruang tamu.

"Holy fuck… KELLA!!''

Aku mengangkat tubuh Arkella lalu berjalan ke arah sebuah bilik.

Shit! Kenapa benda ni kerap sangat terjadi?!

"What happen to her?!"

Queen Rosa menyoal aku. Aku mengangkat bahu.

"Mari saya pulihkan dia!"

Sebiji bebola cahaya biru muncul di telapak tangan Queen Rosa. Bebola cahaya biru itu kemudian diserap masuk melalui kepala Arkella.

Seluruh luka dan lebam di badan Arkella sembuh sepenuhnya. Aku kagum melihat kebolehan Queen Rosa.

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now