10☀The Sight Hunger

390 39 8
                                    

''What are you waiting for? Come with us!'' Jerit Ladd yang sudah pun berada di dalam mall tersebut. Ashwin berlari anak ke arah Ladd. Begitu juga Draco.

''Mana boleh bawa haiwan masuk mall. Kau ni dah gila ke, Ash?'' Kata Mike sambil memandang Draco. Dia pasti bahawa Ashwin membaca notis di pintu gerbang mall.

''Do I care about that? Notis tu tulis PETS ARE ALLOWED. Tak salahkan aku bawa masuk kucing aku?'' Balas Ashwin. Biarlah Draco masuk sekali. Bukannya Draco buat hal. Draco kan bijak. Masakan Draco boleh mengubah apa yang tertulis di notis sebentar tadi.

Lysander membuntangkan matanya. Sungguh dia tak percaya apa yang diperkatakan Ashwin. Rasanya notis tadi tertulis NO PETS ARE ALLOWED. Jangan cakap...Argghh! Draco memang kucing tak guna!

''Seriously, bro? Takkan nak bawa kucing ni sekali? Nanti hilang macam mana? Tak ke susah nanti?'' Backlyz cuba mengumpan Ashwin. Tidak mahu dia membeli-belah bersama kucing hitam Ashwin itu. Dia sanggup mencucuk matanya menggunakan celak mata biar buta. Asalkan dia tidak nampak Draco.

Draco hanya menjadi pemerhati kepada pertengkaran itu. Cukup terkesan dengan tingkah laku Mike, Lysander dan Backlyz. Salahkah dia jika dia mahu ikut sekali? Dia membaca fikiran Ashwin. Betul! Dia bijak. Dia tidak akan membuat hal. Masakan dia boleh bertindak mencakar perkataan NO di notis tadi. Dia membaca fikiran Lysander. Kucing tak guna? Auch! Sakit. Dia memandang Ladd pula. Meminta belas kasihan. Ditenung muka slow unicorn itu.

Ladd yang perasan akan renungan Draco itu lemah lutut. Seram namun pada yang sama, terasa comel pula. Timbul rasa kasihan terhadap kucing itu.

Jeffrey hanya mendiamkan diri. Ingin saja dia ketawa terguling-guling di situ. Draco berubah seratus peratus! Kelakar sungguh.

Ashwin memikirkan apa yang diperkatakan Backlyz. Hilang? Kalau hilang, carilah. Tapi, mall ini terlalu besar. Cari Draco di situ, padahal kucing hitam itu di sini. Cari dalam mall, padahal ada di luar mall. Akhirnya, Ashwin menganggukkan kepalanya.

''Baiklah, tapi korang kena belanja aku. Aku taknak keluarkan duit harini''.

''Okay!'' Serentak keempat-empat mereka menjawab. Biarlah habis duit pun, asalkan hati tenteram.

''But, aku nak ada orang jaga kucing aku''.

''Kita boleh hantar dia kat Pet Shop. Siap ada layanan istimewa lagi tau,'' Backlyz cuba mengumpan Ashwin lagi.

''Okay, okay. Tapi...'' Ashwin menberhentikan kata-katanya.

''Tapi apa?'' Mike menyoal.

''...kalau hilang, korang kena cari dia. Tak kiralah dia ada dalam jamban ke, tempat pembuangan sampah ke, aku tak kisah. Asalkan aku nak dia balik. Deal?''

''Deal,'' keempat-empat mereka berkata. Mudah sungguh mengumpan Ashwin.

Skip...

(Di Dooddle PET SHOP)

''Miss, can you take care of my cat?'' Pinta Ashwin lembut. Dia mengerling ke arah kad pekerja pada staf perempuan itu. Betty.

''O-okay,'' tergagap-gagap staff itu menjawab. Terpikat dengan wajah tampan Ashwin. Baginya, Ashwin seperti putera berkuda yang datang memberi kebahagian.

Kuda? Siapa kuda tu? Draco ke? Mungkin. Entahlah.

''Ehem. You're done already?'' Tegur Jeffrey. Barangkali cemburu dengan seniornya itu. Staff perempuan tu pun satu. Menggatal.

Ceh! Manusia, gerutu hati Jeffrey.

''Duduk sini tau. Jangan pergi mana-mana dan jangan nakal-nakal,'' pesan Ashwin kepada Draco. Diusapnya kepala Draco dengan penuh kasih sayang. Sekali turun ke dagu kucing itu.

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now