12☀Twin?

377 35 0
                                    

(Dalam kelab)

Lagu Umbrella bergema. Sakit telinga aku. Lain pulak dengan orang yang ada dekat dalam kelab ni. Berjoget, bertepuk-tampar dan ada yang meneguk arak. Sedap sangat ke arak tu?

''Sir, want to have some wine?'' Tanya seorang bar tender di situ. ''Ada  perisa vanila tak?" Tanya aku.

Apa? Ingat aku tak boleh minum ke?

''Ada. Tunggu sebentar.'' Aku melihat ke arah Drake. Dia tak buat apa- apa cuma bermain dengan phone. Khusyuk gila duhh...

''Sir. Vanila Liquer. Antara jenis-jenis wine perisa vanila, Vanila Liquer paling popular dalam kalangan remaja macam encik. Err… 16 kan?'' Aku mengangguk.

''Chocolate Liquer. Milk and Dark.'' Aku menoleh . Gadis di sebelah aku ni sangat cantik. Mata bundar, hidung mancung, natural sexy lips dan kulit halus macam boneka.

Wait.

Asal muka dia sama dengan aku?!!

''Err…hai,'' ucap gadis itu. Dia seperti terkedu apabila menatap wajah aku. Mungkin pelik kot sebab muka aku dengan dia sama. Mungkin.

''Hai. Errmm…what's your name, my 'twin'?'' Tanya aku sambil menggerakkan dua jari aku seolah-olah ia membentuk tanda pengikat kata. Lawak pulak rasa. Pfftt…

''Arwin. And…how about you, my 'twin'?'' Gadis bernama Arwin tadi meniru gaya aku. Aku tergelak kecil. ''Ashwin. Ash for short.''

''Me too. Win for short.''

''Menang loteri ke?'' Usik aku. Dia tergelak. Aww~. Comelnya dia gelak.
''So, what's bring you  here?'' Arwin menyoalku. Dari pemakaian dia, aku dapat agak yang dia ni seorang pembuat manisan.

''School senior. And how about you, Win?''

''I come here to buy Chocolate Liquer. Nak buat new recipes manisan,'' tepat tekaan aku. Arwin ni pembuat manisan.

''Any types of sweets? Why not Vanila Liquer? Lagi sedap,'' ujar aku. Betul. Vanila lagi sedap daripada coklat. Aku menyisip Vanila Liquer sedikit demi sedikit. Takut mabuk.

''Maybe you're right. Vanila lagi sedap. But, I like chocolate instead.'' Arwin seperti tidak mahu kalah dengan aku. Ooohh… nak perang ye?

''Do you want to know something, Win? Coklat tu makanan syaitan,'' ambik kau.

''Vanila cepat dikotori oleh apa-apa jenis perisa. Sama seperti hati manusia.'' Ujar Arwin. Aku terkedu. Namun aku mempamerkan riak tenang. Aku berkata ''Dan coklatlah puncanya.''

Selepas aku berkata demikian, riah wajah Arwin berubah. Dia kemudian tersenyum sinis. ''Who are you, Ashwin?'' Tanya Arwin. Aku tersenyum manis. ''You don't need to know who I am, Arwin. But one day, you will know everything about me,'' aku tak tahu kenapa aku perlu cakap macam tu dekat dia. Tapi yang aku  tahu, aku harus berterus-terang dengan dia.

Riak wajah Arwin berubah lagi. Namun, wajahnya seperti dihambat rasa keliru yang amat. Aku pun keliru dengan apa yang aku cakap.

''Miss, your Chocolate Liquer.''

''Thank you, Samuel Hades. Sampai bila kamu nak jadi bar tender ni?'' Samuel Hades? Aku tak silap dengar kan?

''You're welcome, sis. Sampai duit penuh dalam poket,'' kata bar tender yang bernama Samuel itu. Nama dia macam familiar.

''Saya pergi dulu, Ash. Hope to see you again.''

''Tak perlu berharap untuk berjumpa lagi. Sebab kita akan selalu terserempak dan berselisihan.'' Arwin tersenyum tawar setelah mendengar kata-kata aku.

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now