14☀Extraodinary Humans

341 35 0
                                    

ASHWIN dapat merasakan sesuatu yang lembut dan basah di dahinya. Dia pun meraba dahinya.

Tuala? Bisiknya di dalam hati. Tidak mampu untuk mengeluarkan suaranya. Sakit kan...

''Ash~.'' Ashwin menolehkan kepalanya ke pintu. Madelyn, kakaknya sedang menatang sebuah dulang berisi semangkuk bubur ayam dan secawan Horlicks.

''You're caught fever, Ash. You're not going to school today,'' tersenyum Ashwin selepas mendengar kata putus Madelyn. Tak boleh pergi sekolah. Siapa tak suka? Namun terselit rasa kecewa di hatinya kerana dia tidak dapat bertemu Drake, Marika dan sahabatnya yang lain. Terutama sekali Mike. Dan...

Tiada Draco di sisinya.

''Ash~. Are you okay? Ada sakit dekat mana-mana tak?'' Tanya Madelyn. Risau melihat adiknya tersenyum dan kemudian bermasam muka. Something wrong with him.

''Draco is not here...'' keluh Ashwin perlahan namun dapat didengari Madelyn. Madelyn yang mendengar mula mengerutkan keningnya. Dia menoleh ke arah pintu. Dipandangnya dek Draco yang sedang menjilat bulu hitamnya.

''Draco ada, Ash. Tu hah...dekat pintu. Tengah jilat bulu.''

Ashwin mengendahkan Madelyn. Dia seperti berada di dunianya sendiri. Kucing je pun. Boleh ganti yang baru kan?

Tidak! Dia tidak akan pernah menggantikan Draco dengan kucing lain. Tak kisahlah kucing tu parsi gemuk ke, bulu warna warni ke, ada dia kisah ?

Tiba-tiba, Ashwin dapat rasakan sesuatu yang lembut dan basah di ibu jari kakinya. Dipandangnya Draco dengan pandang dingin. Beberapa saat kemudian...

''DRACO?!!'' Hampir tercabut bebola matanya dari soket kepalanya apabila melihat Draco. Bukan Draco...?

''MEOWW!!'' Draco terus melompat ke tubuh Ashwin dengan gembira. Ashwin dengan gembira memeluk tubuh kecil Draco. Ashwin memandang wajah comel Draco. Rindu dengan mata jingga-kuning Draco.

Baru hilang sekejap, dah kecut. Pondan punya lelaki.

Madelyn yang merasakan dirinya dipulaukan berlalu keluar dari bilik Ashwin.

''Meoww~.'' Draco mengiau sambil menggeselkan kepalanya di pipi Ashwin. Kucing terlajak manja kan...

''Mana kau menghilang semalam? Bukan aku suruh kau tunggu dekat kedai haiwan tu ke? Kau ni memang degilkan? Eiyy... geramnnya aku!'' Ashwin menarik dan memulas telinga kecil Draco persis seorang ibu menghukum anaknya. Draco membuat muka menahan sakit. Kucing hitam itu mengerdipkan matanya sambil mengiau untuk menambat hati Ashwin.

Shit. Ni yang aku lemah ni. Bisik hatinya. Dia mengusap kepala Draco. Draco pun memejamkan matanya. Tanda suka akan usapan Ashwin.

Tenangnya...

DEREK khusyuk memerhatikan 'anak kedua'nya yang bermata merah itu. 'Anak keduanya'nya itu hobinya termenung sahaja. Berperangai dingin, tanpa apa-apa reaksi. Hanya kosong. Semuanya kosong.

''Flynn...'' panggil Derek. Flynn Zelda mengalihkan pandangannya ke Derek. Namun hanya beberapa saat. Flynn kembali termenung.

''DINNER IS READY!!!'' Jerit seseorang dari arah dapur. Flynn memutarkan biji mata merahnya. Menyampah mungkin.

''He's bit annoying.'' Flynn bersuara perlahan namun dapat didengari Derek. Derek tertawa kecil. Haih...telatah dua sahabat ini sungguh mencuit hati!

''Hey, aku panggil korang turun makan kan? Korang buat 'projek' apa dalam bilik ni?'' Tanya seorang lelaki di muka pintu. Comel sahaja wajahnya.

''You better watch your mouth, Skye Sebastian. Lagipun kau cuma cakap makan malam dah siap. Bukan suruh kami turun makan,'' perlahan sahaja suara Flynn membidas Skye. Skye mengangkat keningnya.

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now