24☀Heart Of Undead

217 29 0
                                    

Aku meneliti jam. Jarum jam menunjukkan pukul 11:50 malam.

"Rasanya masih sempat," gumamku.

Aku mencapai kotak hadiah di atas meja. Aku meluru keluar dari bilik.

Pandangan mata aku disajikan dengan kerosakkan yang aku lakukan.

Apa aku nak buat?

Aku tak tahu mana papa dan Madelyn pergi. Petang tadi aku ada pergi hospital. Tapi doktor kata, papa dah keluar.

Yang mengharukan, doktor tu tak boleh bagitahu aku mana papa dan Madelyn pergi.

Shit.

Aku keluar dari rumah. Motor putihku aku ambil dari garaj belakang rumah.

Aku memulas pemegang motor. Lantas, aku meninggalkan rumah aku.

"Hah! Sampai pun!"

Aku memandang papan tanda. Tertera 'LUNA NIGHTCLUB' dengan lampu neon berwarna-warni.

Ni club yang aku pergi beberapa bulan yang lepas.

Aku dengan langkah yang selamba memasuki club itu.

Bunyi bising yang membingitkan telinga menyukarkan aku untuk mencari Samuel.

Aku tak pasti betul ke tak yang Samuel ni anak Hades.

"Here you go!"

Aku menoleh ke kiri. Samuel sedang mengagihkan arak kepada tiga orang lelaki. Maybe pelanggan tetap club ni?

Aku menghampiri Samuel.

"Hey… "

Samuel menoleh ke arahku setelah aku menegurnya. Dia hanya memakai sweater kuning dan snowcap putih.

"Eh! Encik ni pernah datang kelab ni lima bulan lepaskan? Nak Vanilla Liquer ke?"

Aku menggeleng. Samuel mengerutkan dahinya.

"Aku datang nak jumpa kau. Bukan nak jumpa Vanilla Liquer."

"Err… sebab apa ya?"

"Kita berbual dekat tempat lain, boleh? Aku tak selesa duduk dekat sini sebab sini bukan tempat aku."

"O-okay…"

Aku hanya memerhati perbuatan Samuel membuka pintu kecil kaunter.

"Zelo! Tolong jaga kaunter kejap!"

"Okay!"

"Encik ikut saya. Kita pergi tempat yang tersembunyi sikit."

Aku membuntuti langkah Samuel. Dia membawa aku ke rooftop, tempat di mana aku dan Marika hampir…

Stop, aku taknak ingat.

"Jadi… apa yang ingin encik bualkan dengan saya?"

"Apa nama kau?"

"Samuel Hades. Panggil Sam je."

"Alright, Sam. Kau kenal Hades Haunt?"

Riak wajah Samuel berubah. Dia sepertinya ingin mengatakan tidak pada pertanyaan aku.

"Don't lie to me, please…. Aku tak sukakan penipuan."

"Takde seorang pun manusia dalam dunia ni yang terlepas dari cengkaman kuku ayah ."

"Ada. Iaitu aku."

Riak muka Samuel berubah lagi. Wajahnya menunjukkan dia amat terkejut.

"Who… are you?"

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now