03

47 6 1
                                    

Dahlia sedang bersiap-siap untuk ke rumah Fathin sebentar lagi. Begitu juga dengan Amanda. Dia hanya mengenakan blouse berwarna biru muda bercorak bunga-bunga putih yang kecil. Bersama dengan skirt putih yang labuh. Tudung pula berwarna putih. Dia makeup dengan simple sahaja. Tangannya mencapai satu lip matte di atas meja makeup nya itu. Dia mencalit lip matte itu di bibir munggilnya untuk sentuhan terakhir. Siap.

Dia mengambil 'sling bag' yang tergantung itu bersama dengan satu paper bag. Dia terus melangkah keluar dari bilik nya. Dia mencari Amanda di biliknya tetapi tiada. Mungkin Amanda sudah turun ke bawah. Dia memutuskan untuk turun ke bawah. Kaki nya laju menuruni anak-anak tangga itu. Sesampai di bawah, mata nya melilau-lilau mencari kelibat Amanda.

Dia berjalan dari ruang tamu ke dapur, tandas, tetapi kelibat Amanda tiada. Nak kata Amanda sudah pergi dulu, keretanya masih ada di luar. Dahlia mengeluarkan telefon pintarnya dari 'sling bag' dia untuk mendail nombor Amanda. Dia menghubunginya.

Panggilan bersambung.

"Weyy kau kat manaaaa??" soal Dahlia.

"Hehe sorry Lia tak bagi tahu kau. Aku pergi dengan Arash. Tadi dia ambil aku. Aku nak bagi tau kau tapi kau tengah mandi tadi hehe" hujah Amanda tanpa rasa bersalah.

"Sorry naik lori. Kau tahu tak aku cari kau dah macam orang gila"

"Sorry laaa"

"Aku dah cakap dengan kau kan, aku malas nak drive. Nii kalau kau pon dah tinggal aku, memang aku kena drive sendiri ah jawabnya. Aduuu" Dahlia menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Ha ni. Arash ada cakap yang Is belum gerak. Apa kata kau tumpang dia?" timbul nama mamat tu.

"Eh nate. Gilo ko? Aku tumpang dia? Tanak lah. Baik aku drive sendiri" memang tak lah dia nak sekereta dengan Hayyan.

"Suruh tumpang Is taknak. Haa suka hati kau lah"

"Aku pinjam kereta kau eh, Manda. Kereta aku takde minyak doo"

"Errr kunci kereta aku bawa. Ada dalam beg aku ni haa hehehe"

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now