11

37 3 2
                                    

Hayyan menjadi orang yang paling terakhir sekali keluar dari bilik mesyuarat itu. Baru sahaja dia ingin melangkah menuju ke pejabatnya, Dato' Hisyam memanggilnya.

"Hayyan"

"I almost forgot to give you this invitation. Send my regards to your parents. Jangan lupa bawa diorang sekali" pesan Dato' Hisyam. Kad jemputan yang ada di tangannya itu Hayyan capai.

"InsyaAllah, Dato"

"Oh ye. Bawalah girlfriend kamu tu sekali" kata Dato' Hisyam lagi. Hayyan pula terpinga-pinga. Siapa pula girlfriend dia?

"Ha? Girlfriend?"

"Ye lah girlfriend kamu. Yang jumpa dekat mall hari tu. Girlfriend kamu, kan?"

"Oh ha ye. Hehe" Hayyan hampir terlupa. Padahal, dia lah yang kenalkan Dahlia sebagai girlfriend dia.

"Datang, jangan tak datang. Saya nak kena gerak dah ni" pamit Dato' Hisyam.

Hayyan hanya mengangguk.

Dato Hisyam melangkah menuju ke lif.

Hayyan menghantar pemergian Dato' Hisyam. Setelah sosok Dato' Hisyam hilang dari pandangannya, dia berjalan semula ke pejabatnya. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu sebaik sahaja masuk ke dalam pejabatnya. Badannya disandarkan sambil mengurut kepalanya.

Pintu bilik pejabatnya tiba-tiba dikuak dari luar. Hayyan menoleh ke arah pintu itu. Sudah kenal sangat dengan orang yang tak tahu nak ketuk pintu dulu sebelum masuk. Siapa lagi kalau bukan Arash?

"What's up, bro?"

Pintu kaca itu ditutup kembali.

"Kau asal? Pucat je muka kau tu" Arash melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Hayyan itu. Dia menempangkan kakinya.

"Aku pening kepala lah. Rasa macam nak demam" kata Hayyan. Matanya masih dipejam.

"Pening kepala? Nak demam? Kau ada mual-mual tak? Nak kata simptom bini kau ngandung, kau belum kahwin lagi. Ke kau-" Arash menggantungkan ayatnya.

"Kau ni kang. Aku ni tak bodoh lagi nak buat semua benda tu"

"Chill lah, bro. Aku main-main je" Arash ketawa nakal.

"Tadi aku nampak Dato' Hisyam macam ada bagi kau something. Apa dia?" tanya Arash.

Hayyan melemparkan kad jemputan itu di hadapan Arash. Arash mencapai kad itu.

"Ehh awal gila. Aku rasa baru berapa bulan kau break dengan dia"

"Relay diorang dah lama kot. Tu pun kau pelik" Hayyan menjelingnya sekilas.

"Ye tak ye lah"

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now