13

33 4 0
                                    

Dua cawan kopi yang baru sahaja siap dia buat diletakkan di atas dulang. Dia berjalan keluar dari kaunter itu untuk ke meja yang menempatkan dua orang rakannya lagi. Sampai di meja itu, dulang yang dibawa olehnya diletakkan di atas meja. Dia mengambil tempat di sisi Fathin.

"Imran, meh dengan aunty meh. Biar ummi makan" Dahlia mengambil Imran yang berada di pangkuan Fathin itu.

"Kau ni kan, Lia. Aku tengok kau ni suka dengan budak-budak. Tapi tak kahwin-kahwin lagi" kata Fathin. Amanda pula mengangguk tanda setuju.

"Can we stop talking about kahwin? Aku tak sedia lagi lah" balas Dahlia.

Penat dia nak jawab soal kahwin ni. Asyik-asyik kahwin. Salah ke hidup single ni?

"Tak sedia? Esok kalau ada orang meminang kau lepas tu mama abah kau terima, kau kahwin juga" sakat Amanda. Saja nak menakut-nakutkan Dahlia.

"Mulut kau ni kang, ha" Dahlia mengacah ingin mencepuk Amanda.

"Korang ni dekat rumah tak cukup gaduh lagi ke?" kata Fathin. Dia menyuap sedikit makanannya kepada Imran yang berada di pangkuan Dahlia itu.

"Nak tanya, Riana mana Riana?" tanya Dahlia.

Rasanya, semua sudah sedia maklum yang mereka akan bertemu di kafe Dahlia pagi ni. Tapi dari tadi lagi dia tak nampak batang hidung Riana.

"Dia tengah muntah-muntah dekat rumah tu. Maklumlah.." Fathin menggantungkan ayatnya.

"Preggy" kata Fathin dan Amanda serentak. Mereka saling berpandangan lalu menghamburkan ketawanya.

"Ha? Asal aku tak tahu?" terkejut Dahlia mendengar berita itu.

"Lah, kau tak tahu?" Fathin kehairanan.

"Weh sampainya hati dia" Dahlia mengelap air matanya yang tidak keluar itu.

"Dia dah bagi tahu dekat grup tadi. Kau yang tak baca" kata Amanda.

"Memang aku pegang phone pun tadi" Dahlia menjulingkan matanya ke atas.

Amanda dan Fathin sambung menikmati makanan mereka. Dahlia pula sibuk menggomol pipi Imran yang tembam itu. Macam mana tak geram? Pipi dia dah macam pau. Gebu betul. Geram!

"Weh korang. Stadium ada buat tournament netball tau. Jom join" ajak Fathin.

"Eh boleh je. Dah lama weh tak main. Hilang skill lama aku" balas Amanda.

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now