06

29 4 0
                                    

Kereta yang dipandu Hayyan diparkirkan di garaj rumah banglonya itu. Mati sahaja enjin keretanya, Hayyan menanggalkan tali pinggang keledarnya. Begitu juga dengan Dahlia. Hayyan terlebih dahulu mengeluarkan dirinya dari keretanya. Dahlia pula sedang menacap lipmatte pada bibir munggil nya sementara Hayyan mengambil hadiah buat Datin Normah di but kereta.

Tiba-tiba pintu Dahlia terbuka. Dia melihat ke arah sosok yang membuka pintu itu. Siapa lagi kalau bukan Hayyan.

"Cepatlah keluar" paksa Hayyan.

"Eishhh sabar lah. Tahu lah aku nak keluar. Rumah kau ni bukannya lari pon" balas Dahlia. Tak sabar betul lah mamat ni. Fikir Dahlia The Flash ke nak cepat cepat.

Hayyan menutup semula pintu kereta itu ketika Dahlia masih di dalam. Bahu Dahlia terhinjut sedikit gara-gara terkejut dengan bunyi pintu itu.

"Eyy kurang ajar betul mamat ni. Boleh pulak dia tutup pintu. Fikir aku takde perasaan ke?" Dahlia berkata sendiri. Seraya itu, dia menguak semula pintu kereta Hayyan lalu keluar menuju ke arahnya. Hayyan sedang melihat telefon pintarnya sementara menunggu Dahlia.

"Dah" Dahlia memandang Hayyan. Telefon pintar yang dipegangnya tadi, diselukkan semula ke dalam poket seluarnya.

"Tak payah lah lawa lawa. Bukannya ada jantan hensem yang kau boleh ngorat pon" Hayyan mengerling Dahlia sekilas.

"Kalau ada macam mana? Nanti dia tengok muka hodoh aku, manalah dia nak terpikat. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan" saja beri alasan.

"Not my problem" Hayyan terus meninggalkan Dahlia keseorangan di garaj rumahnya itu.

"Ha tinggal aku lagi. Memang muka aku ni, muka kena tinggal" Dahlia mengikuti Hayyan dari belakang dengan laju sedikit. Hayyan telah sampai di pintu masuk. Dahlia pula sedang berjalan ke arahnya.

Hayyan menanggalkan kasutnya terlebih dahulu sebelum masuk. Begitu juga dengan Dahlia. Setelah itu, mereka berdua masuk ke dalam rumah yang riuh rendah itu dek kerana ramai orang yang datang. Semuanya berpakaian seperti orang berada. Segan pula Dahlia dibuatnya.

Yelaa dia ni bukan lah anak orang kaya. Tetapi bersyukur bila dilahirkan dalam keluarga yang serba cukup. Alhamdulillah semua adik beradik Dahlia mendapat kerja yang bagus. Boleh lah mereka membantu keluarganya.

Apabila Dahlia dan Hayyan berjalan ke arah Datin Normah, semua mata tertumpu pada Dahlia dan Hayyan. Dahlia tahu apa yang mereka semua fikirkan.

Datin Normah pula sedang duduk bersembang dengan seorang lagi wanita yang berumur separuh abad di meja makan itu. Mereka mendekati sosok Datin Normah.

"Happy birthday, mummy" Hayyan memeluk Datin Normah dari belakang lalu mencium pipi milik Datin Normah itu. Dahlia pula masih berada di belakang Hayyan.

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now