15

21 2 0
                                    

Hari perlawanan telah pun tiba.

Mereka sedang menunggu giliran perlawanan mereka yang seterusnya.  Perlawanan yang akan menentukan kemenangan berpihak kepada siapa. Dengan usaha mereka, mereka telah berjaya ke peringkat akhir.

Sambil menunggu, mereka mengambil peluang untuk makan tengah hari. Amanda dan Dahlia makan bersama. Yang lain pula entah kemana. Ada yang duduk dengan pasangan. Yelah, kebanyakannya dah kahwin. Ada juga yang hilang dari pandangan. Beli makanan agaknya.

Tangan Dahlia sedang berusaha membuka ikatan plastik sup untuk nasi ayamnya itu. Setelah terbuka, dia menuang sup itu. Dahlia memandang Amanda yang berada di hadapannya itu. Dia mengeluh.

"Apa lah nasib aku ni, Manda. Asal makan je dengan kau"

"Ehh appreciate sikit. At least ada orang nak teman kau makan" jelingan diberikan pada Dahlia. Tak reti hargai orang betul.

"Mana bakal tunang kau tu? Kata nak datang" tak nampak pula batang hidung Arash.

"Kejap lagi dia datang. Baru mandi katanya" balas Amanda. Hari cuti, kan.

Dahlia mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Kau tak ajak Wakeel ke?" soal Amanda.

"Dah ajak dah. Dia kata dia sibuk" balas Dahlia.

"Kau ada masalah ke dengan dia? Aku tengok korang macam dah lama je tak jumpa" Amanda tertanya-tanya juga.

"Tak ada pun. Cuma tu lah, lately ni dia busy kerja. Aku pun tak nak kacau dia. Biar lah dia.. lagi pun aku dengan dia bukannya ada apa-apa" malas-malas Dahlia menjawab. Entah mengapa dia langsung tiada sedikit pun perasaan teruja apabila bercerita mengenai Wakeel.

"Yelah, orang tu kan dah balik. Like people said, orang lama tetap pemenangnya HAHAHAHAHAHA" Amanda memaksudkan Hayyan.

"Sebelum aku sumbat timun ni dalam mulut kau, baik kau diam" Dahlia menghalakan hirisan timun pada wajah Amanda.

"Ampun kak jago" Amanda tersengih.

Mereka sambung menikmati makanan mereka. Muncul satu sosok yang berdiri di sebelah Amanda. Mereka berdua menoleh ke arah sosok tubuh itu.

Arash.

Macam tahu-tahu aje diseru. Tahu-tahu muncul.

"Hai, bakal tunang" bukan main lebar senyumannya.

"Ehh hai, pakwe" Dahlia pula yang jawab. Dia tersenyum nakal. Nak ngorat Arash pula.

Amanda hanya membiarkan sahaja. Dia tak kisah pun kalau Dahlia nak ngorat Arash. Dia tag selalu Dahlia main-main. Kalau perempuan lain, haa mahu nya terbalik dunia ni.

Bunga Milik HayyanNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ