16

17 2 0
                                    

Kereta Mercedes Benz milik Hayyan telah pun terparkir di hadapan rumah Dahlia. Hayyan berada di luar kereta menunggu Dahlia sambil berpeluk tubuh.

Dahlia masih lagi berada di dalam rumahnya. Dari tadi tak juga siap. Biasalah perempuan.

"Lia, cepat lah. Is dah tunggu dah tu" Amanda sudah mencekak pinggangnya.

"Sabar lah. Kaki aku ni kan problem"

Dia sedang menuruni anak tangga rumahnya itu dengan berhati-hati. Kakinya yang terseliuh itu memperlahankan pergerakannya.

"Tolong angkatkan luggage aku tu. Bagi dekat dia" arah Dahlia.

"Ha ye lah"

Amanda pun mengambil beg-beg Dahlia yang berada di tepi tangga itu. Dia berjalan ke luar rumah bersama beg-beg Dahlia. Hayyan terus menegakkan dirinya.

"Mana dia?" tanya Hayyan.

"Dia tengah turun tangga. Kau tunggu lah kejap. Kaki dia kan, haa" faham-faham je lah.

"Ohh ok ok"

Beg-beg Dahlia yang Amanda bawa itu di masukkan ke dalam but kereta.

Dahlia baru sahaja keluar dari rumahnya itu. Dia menyarung selipar. Kakinya melangkah ke arah Hayyan. Dia hanya melihat Hayyan menyusun beg-beg nya itu untuk dimuatkan di dalam but kereta.

"Banyaknya barang kau ni, sayang" kata Hayyan.

"Mana ada banyak. Sikit je" jawab Dahlia.

"Tak banyak? Penuh satu bonet ni tau"

Dahlia tergelak kecil. Nampak macam barang dia lagi banyak dari barang Hayyan. Bukan macam tapi memang.

Hayyan menutup semula but keretanya usai selesai.

"Ok dah. Jom, nasi kandar"

Dahlia berjalan ke pintu tempat duduknya.

"Aku tengok korang ni macam orang dah kahwin. Balik kampung pun  sama-sama. Kenapa tak kahwin je?" kata Amanda sambil berpeluk tubuh. Dari tadi dia hanya memerhati mereka berdua.

"Kau jangan nak mengarutlah, Manda. Dah lah pergi masuk. Jangan rindu aku" sempat lagi dia berkata sebelum masuk ke dalam kereta.

"Elok-elok tu. Kirim salam dekat mama abah kau, ye" pesan Amanda.

"Ok"

Tangannya berura-ura ingin menutup pintu. Namun, terlebih dahulu dihalang oleh Hayyan. Dari tadi dia menunggu mahu menutup pintu itu.

"Haipp. Biar aku tutup" tangannya menahan pintu kereta itu.

Dahlia hanya menurut. Malas mahu bertekak. Selalunya asal naik kereta aje bergaduh pasal pintu. Macam budak-budak.

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now