07

44 3 0
                                    

Sudah dekat seminggu dia sibuk dengan kafe nya. Kafe dia telah siap diubah suai. Pekerja nya juga turut datang ke kafe untuk bergotong-royong. Tugas-tugas membersih, semua dia beri pada Am dan Hafiz.

Dahlia pula memilih untuk membuat dekorasi. Begitu juga dengan dua pekerja nya yang lain iaitu Alya dan Maya. Semua sibuk mengerjakan tugas masing-masing. Alya dan Maya menghias ruang dalaman dengan bunga-bunga plastik yang bermacam warna kerana Dahlia suka dengan bunga. Banyak juga bunga yang dia beli.

Dia pula sedang meletakkan beberapa quotes pada dinding yang telah dicat dengan warna nude. Dia ingin menampakkan kafe nya lebih aesthetic disebabkan itu menjadi trend pada zaman sekarang. Lihat sahaja sosial media, asal aesthetic orang mesti datang.

Kafe dia ni bukan lah tidak ramai tetapi dia nak menarik minat lagi ramai pelanggan untuk datang ke kafe nya. Ini kan satu strategi dalam perniagaan. Lagi pun sekarang musim healing, orang suka healing dekat tempat-tempat yang menarik. Quotes yang dia letak dekat dinding tu pun dia buat sendiri. Mana lah tahu ada rezeki boleh keluarkan buku sendiri hihi.

Telefon pintar yang dia letak di atas meja itu bergetar apabila ada panggilan masuk. Dahlia turun dari kerusi untuk menjawab panggilan itu. Dia melihat nama yang tertera di skrin.

AFFAN. Kalau tak ada hal penting, memang tak lah budak ni nak call kakak dia. Ada lah tu hal dia.

Dahlia menekan butang hijau untuk menjawab panggilan itu. Telefon dilekapkan pada telinga.

"Hello, assalamualaikum. Ha nak apa?" kasar Dahlia berbicara.

"Waalaikumussalam hehe. Jangan marah-marah kak. Lek ahh" suara di hujung talian itu membuatkan dia teringin nak tampar adik dia sendiri.

"Eishhh cepat lah. Akak banyak kerja ni"

"Banyak kerja kee dekat kafe? Ada perlukan pertolongan Affan tak?" bersungguh-sungguh adiknya menawarkan diri. Macam ada udang di sebalik mee.

"Ni mesti duit belanja habis, kan? Sebab tu minta kerja dengan akak?" Dahlia sudah masak dengan perangai adiknya yang seorang itu.

"Ehh akak ni. Tau-tau je" dasar budak tak tahu malu.

"Kau ingat akak ni baru kenal kau semalam ke?"

"Hehehe"

"Ni kau dekat kampus kee rumah mama?" tanya Dahlia.

"Rumah mama. Affan kan tengah cuti sem. Macam lah akak tak biasa. Setiap kali cuti sem kan, Affan kerja dengan akak"

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now