08

32 3 2
                                    

Seperti kebiasaan, Dahlia berada di rumah. Dia malas nak ke kafe gara-gara senggugut yang melanda. First day. Biasalah kan perempuan. Ini pun dia tengah terbaring atas katil. Sakit senggugut ni perempuan je lah yang tahu. Dia baru sahaja mengambil ubat tahan sakit. Reda lah sikit senggugutnya itu.

Sampai kan Amanda panggil pun dia hanya mengendahkan rakannya itu. Betul-betul tak larat nak bangun. Dahlia ni kalau senggugut, memang macam ni lah jadinya. Paling teruk sampai dia demam menggigil.

Terasa katilnya dihenyak, Dahlia memusingkan badannya ke kiri. Amanda sudah pun mengambil tempat di sebelahnya.

"Dahlia, kau ok tak?" soal Amanda. Risau dengan rakannya ni kalau sakitnya teruk.

"Ok" jawab Dahlia sepatah.

"Nasib lah kau tak demam. Ni kira ok lah ni"

"Ehh ni. Kau ada tengok grup tak?" Amanda menepuk lembut lengan Dahlia.

"Tak. Aku tak larat lah. Aku nak rest" kata Dahlia sambil memejam matanya. Mata pejam tapi telinga masih mendengar Amanda.

"Kitorang plan nak pergi short vacay dekat PD"

"Oh ye ke?" balas Dahlia ringkas.

"Yelaa. Kita pergi lusa. Hari Ahad"

"Kita? Aku belum buat keputusan apa-apa pun tau" Dahlia mengubah posisi baringnya kepada duduk. Entah sejak bila dia setuju untuk ikut.

"Alaa Lia. Jom lah" Amanda menggoncang-goncang lengan Dahlia.

"Siapa je ikut?" tanya Dahlia.

"Aku, kau, Riana, Fathin. Kita berempat je" Amanda menekan perkataan 'je' itu. Nak meyakinkan Dahlia bahawa memang mereka berempat je yang pergi. Dahlia tak tahu rancangan mereka semua.

"Berapa hari kat sana?" tanya Dahlia.

"Dalam dua hari centu. Ahad kita pergi, Selasa kita balik"

"Riana dengan Fathin ok ke? Yelaa diorang kan dah berlaki" risau pula Dahlia dengan dua orang lagi rakannya itu. Kang tak pasal-pasal kena marah dengan laki diorang.

"Diorang ok je. Diorang dah minta permission dari laki dorang. Amier ngan Faaeq dah kasi greenlight" yakin Amanda berkata.

"So, kau setuju lah ni?" Amanda menanti jawapan dari Dahlia. Dia perlu memastikan rancangan mereka berjalan dengan lancar.

"Hm" Dahlia mengiyakan.

"Yessss!" suka betul Amanda.

"Dah kenapa kau semangat sangat?" Dahlia seperti menghidu sesuatu yang mencurigakan.

"Hehehe takde pape"

"Ok lah. Kau rest dulu. Aku nak masak. Kang kebulur pulak kita nanti" cepat-cepat Amanda melarikan diri dari Dahlia. Kalau Dahlia tanya macam-macam kang lain pula jadinya.

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now