04

49 6 0
                                    

"Waalaikumussalam" mereka berdua jawab serentak.

"Yang, Yan balik ke? Kereta dia ada kat luar ni" itu pasti daddy Hayyan. Kalau dah bersayang sayang dengan mummy dia, siapa lagi kalau bukan daddy dia.

Dato' Aziz. Bekas CEO syarikat Sky Holding yang kini syarikat miliknya telah diturunkan kepada anak sulungnya, Hayyan Iskandar. Disebabkan Hayyan sudah balik ke Malaysia setelah menghabiskan Master jurusan business, dia lah yang menyambung legasi daddy nya.

"Abah dah lama tak jumpa cucu abah ni" lelaki yang berusia lingkungan 60-an itu berkata.

"Ehh ni siapa?" tanya Dato' Aziz.

"Dahlia. Kawan Yan" balas Datin Normah.

Dahlia hanya menghadiahkan senyuman kepada Dato' Aziz dan datuk Hayyan.

"Abang nak minum ke? Saya boleh ambil kan cawan lagi. Abah?" seraya itu Datin Normah membangunkan diri.

"Hm boleh juga. Haus ni" kata Dato' Aziz.

"Mana Yan nya?" soal datuk Hayyan lalu mengambil tempat di sofa yang yang empuk itu. Begitu juga dengan Dato' Aziz.

"Kat atas tu" jawab Datin Normah. Dia meninggalkan mereka.

"Apa nama kamu tadi?" Dato' Aziz memulakan perbualan.

"Dahlia" balas Dahlia.

"Haa Dahlia. Kamu ni duduk mana?" soal Dato' Aziz.

"Duduk dekat taman rumah Hayyan. Kitorang berjiran" jawab Dahlia.

"Lahh yeke"

Dahlia mengangguk.

"Duduk sorang?" giliran Tok Abah pula bertanyakan soalan.

"Ehh tak. Dengan kawan" balas Dahlia.

"Ohh"

"Abang, abah, ni air" Datin Normah meletakkan gelas-gelas itu di hadapan mereka.

"Kamu masih study ke?" soal Dato' Aziz.

"Ehh dah habis dah"

"Jadi sekarang kamu buat apa?"

"Saya buka kafe" balas Dahlia.

"Wahh nanti boleh lah kami datang, ye?" ceria sungguh Dato' Aziz.

Dari tadi senyuman tidak lekang dari bibirnya sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya. Dah boleh tahu dari mana Hayyan dapat lesung pipit dia yang comel tu.

"Boleh jee, Dato"

"Ehh panggil je lah uncle"

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now