05

40 5 0
                                    

Tetttttttt. Bunyi hon kereta. Berkali-kali ditekan.

"Aduuu memekak betul lah. Aku ni nak tidur" Amanda yang sedang melenakan diri terjaga dek kerana bunyi hon kereta yang tidak berhenti berbunyi.

"Dahliaaa. Siapa pulak tuu? Aku ni dah lah penat. Pukul 4 pagi aku baru tidur tau. Nak tidur dengan tenang pon tak boleh" Amanda sudah tercongok di depan pintu bilik Dahlia dengan matanya yang masih kuyu. Dahlia hanya melihatnya dari pantulan cermin di hadapan nya itu.

"Ishhh Is tu laaa. Tak reti sabar lah dia tu" tangan Dahlia ligat meletakkan jarum peniti di bahagian atas kepala nya.

"Uishh. Awal awal nak pergi mana? Dating ke?? Hihihihi" terkekek-kekek dia tergelak. Segar terus mata Amanda dengar Dahlia nak keluar dengan Hayyan.

"Bukan dating, ok? Dia paksa aku ikut dia. Coklat dalam peti ais yang banyak banyak tuu semua dia belanja. Asalkan aku ikut dia" kata Dahlia.

"Awww sweet nya. Sanggup dia belanja Cik Bunga ni coklat banyak-banyak" kepala nya dilentokkan pada pintu bilik Dahlia.

"Ishhh dahlah. Aku nak pergi dah ni. Sarapan aku dah siapkan. Makan tengah hari nanti, kau order laa GrabFood ke apa ke. Byeee" Dahlia mengambil sling bag nya lalu dia keluar dari bilik nya. Dia mempercepatkan langkah nya memandangkan dia sudah lambat.

"Thank you, Liaaa. Elok elok pergi date tuu" sempat lagi Amanda memesan kepada Dahlia.

Hari ini dia hanya mengenakan dress labuh berwarna putih bercorak bunga-bunga kecil yang berwarna lilac. Tudung nya pula sama warna dengan corak bunga tadi. Sling bag pula berwarna putih.

Melangkah sahaja keluar dari rumah, dia melihat Hayyan menguak pintu keretanya. Hanya sekali imbas. Dia memakai kasut terlebih dahulu. Baru dia berjalan ke arah kereta Hayyan. Hayyan pula menyandarkan dirinya pada kereta miliknya itu.

Dahlia memandang Hayyan dengan riak tak bersalah. Dia pergi ke pintu kereta seat pelah penumpang itu lalu dia membuka pintu untuk masuk ke dalam. Hayyan hanya melihat tingkah laku nya dengan wajah yang beku. Apabila dia sudah berada di dalam kereta, Hayyan pula yang tercegat di luar.

Niat Hayyan nak bukakan pintu untuk Dahlia tapi Dahlia melulu masuk dalam kereta. Terbantut niatnya. Baru nak sweet sweet.

Dahlia menekan hon kereta Hayyan sekali.

"Cepat lah. Yang kau tercegat kat situ kenapa? Tadi suruh cepat sangat" kata Dahlia melalui tingkap sebelah pemandu yang dia turunkan tadi.

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now