14

27 2 0
                                    

"Woi Lia. Cepatlah sikit. Nanti lambat pula" bebel Amanda sambil mencekak pinggangnya.

"Kejap kejap" cepat-cepat Dahlia memasukkan barang-barangnya ke dalam totebag.

"Lambat, kau drive" kata Amanda apabila ternampak sosok Dahlia yang sedang menuruni tangga itu.

Langkahnya terus terhenti.

"Alaa malas lah" adu Dahlia.

"Tak ada tak ada. Kau drive" tegas Amanda.

"Ishh yelah yelahh" nak tak nak terpaksa juga lah Dahlia menurut.

Dahlia mencari-cari keberadaan telefonnya. Totebag nya diintai. Namun, telefon miliknya tiada. Dia kembali menuruni tangga itu.

"Kau start kan kereta aku kejap. Phone aku tertinggal dekat atas" Dahlia menghulurkan kunci keretanya kepada Amanda.

"Haa cepat sikit" Amanda berjalan ke luar rumah sambil matanya fokus pada telefonnya.

Dahlia bergegas menaiki tangga rumahnya. Biliknya dituju. Lupa pula dia dengan telefonnya itu. Iphone yang berada di atas katil itu dicapainya. Laju kaki menuruni tangga itu semula.

Keluar sahaja dari rumah itu, dia mengunci rumahnya terlebih dahulu. Amanda sudah pun berada di dalam kereta. Kasut sukannya disarung.

Sempat dia mengerling ke arah rumah sebelahnya itu. Kepala terjenguk-jenguk mencari keberadaan kereta Hayyan. Tiada. Ke mana pula Hayyan pergi? Tak pelik lah kalau dia tiada. Memang selalunya dia jarang berada di rumah. Rumah itu bagaikan sebuah rumah persinggahan.

Amanda membuka tingkap kereta itu apabila melihat Dahlia masih lagi tercegat di luar.

"Oi. Cari orang sebelah ke?"

"Ha? M-mana ada" tergagap-gagap Dahlia membalas. Padahal, memang dia cari Hayyan pun.

"Dah tu? Cepatlah. Diorang dah tunggu dah ni"

Lantas Dahlia berjalan ke tempat duduk belah pemandu. Dia masuk ke dalam keretanya. Dia mula fokus dengan pemanduannya sebaik sahaja keluar dari perkarangan rumahnya itu.

Sepanjang perjalanan mulut Amanda tidak berhenti berbicara. Dahlia pula hanya diam. Telinganya mendengar apa yang diceritakan Amanda tetapi fikirannya terbang ke arah lain. Dia masih fokus dengan pemanduannya.

Sudah dekat seminggu dia tidak berjumpa Hayyan. Entah kemana lelaki itu pergi, dia pun tidak tahu. Tetapi pelik, kenapa tiba-tiba je? Selalunya ada aje dia mengacau Dahlia. Ni, langsung tak.

"Lia, kau dengar tak apa aku cakap ni?" soal Amanda. Dahlia nampak seperti langsung tidak hiraukan ceritanya.

"Ha??" Dahlia terpinga-pinga.

"Dengar tak aku cerita tadi?"

"Ha ye. Aku dengar"

"So, macam mana? Kau ada cadangan tak?" soal Amanda.

Bunga Milik HayyanWhere stories live. Discover now