02 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

315 15 4
                                    

Keesokannya, Amelia sempat menunjukkan pada aku kedai-kedai di pusat bandar. Dan kedai itu milik salah seorang dari ahli club tu, seperti kedai tatu, kedai membaiki motor atau kereta. Aku ingat hanya club sajaha tapi semua adalah milik mereka termasuk kedai dan club.

Aku sedang bual bersama Alia di bar dimana dia didera oleh boyfriend nya dan ayah Amelia ambil dia dan jaga dia. Aku rasa ayah Amelia yang memiliki club ni dan Alpha ialah orang kanannya iaitu suami Amelia.

Perbualan kami terhenti apabila bunyi pintu club terbuka. Aku ingatkan member club ni tapi ia adalah lelaki yang aku lari, ya ayah aku. "Farhana! penat ayah cari kami merata tempat" Senyuman fake ayah aku. "Saya minta maaf kalau dia ada buat masalah." Ayah aku datang pada aku dan Amelia memandang dia dengan tajam. "Dia takda buat masalah pun" Amelia kata.

"Apa-apapun, dia akan balik rumah sekarang." Ayah aku sedia nak tarik tangan aku. "Tak" Alia halang dia. "Dengar, saya nak ambil anak saya bawak balik rumah, awak tak boleh halang saya" Ayah aku berkata di depan muka Alia dan semua lelaki disitu berdiri tegak seperti tidak suka. "S-saya pergi." Aku kata.

"Good." Ayah aku tarik tangan aku dan bawa aku keluar dari situ. Baru separuh jalan tiba-tiba ada tangan yang kekar genggam tangan ayah aku. Ia Adam. Aku baru sedar betapa tingginya dia, mungkin dalam 6 kaki?

"Aku rasa kau patut lepaskan perempuan tu, sebelum orang aku patahkan tangan kau." Alpha ugut. Ayah aku jeling pada aku sekejap lalu dia lepaskan tangan aku. "Dia akan berada di rumah." Ayah aku kata, dan aku faham maksudnya.

Adam pastikan ayah aku jauh dari tempat dan dia terus melihat pergelangan tangan aku. Aku terperanjat sakit dan ada sedikit kesan lebam di pergelangan tangan aku. Terus aku perasan Adam signal something, sign language? aku tahu dia boleh bercakap tapi kenapa dia buat signal?

"Dia kata panggil doktor." Seorang laki di club translated pada aku. "Eh eh, takpa saya okay je" Aku kata. Adam sign something tapi dengan ganas. "Adam bertenang" Alpha cakap dengan serious. "Okay, nama Hishamudin bin Aziz" Salah seorang ahli club disitu sebut, dan dia mempunyai laptop di hadapan nya. Aku tahu dia adahlah hacker. "M-macam mana awak..." Baru je berapa saat dia kenal ayah aku dan tiba-tiba tahu nama ayah aku.

"Melalui camera" Dia berkata sambil angkat bahu. "Bagi aku semua pasal dia" Alpha kata. Adam pergi ke Alpha dan berkata "Bagi Farhana sorang-sorang" Alpha angguk. Dan muka Amelia berubah serious pada Adam.

Amelia panggil adam dan suruh dia kebawah sikit dan berbisik pada Adam sesuatu. Muka Adam berubah jadi serious dan berdiri tegak sambil berkata "Tak akan" Adam kata. Aku tertanya-tanya apa yang Amelia kata.

༺❀༻

Sudah beberapa jam berlalu "Hai, tak jumpa lagi dengan awak." Seorang perempuan datang arah aku diikuti dengan perempuan lain di belakangnya. Rasanya Amelia ada bagitahu nama mereka. Natasha dan Sarah mungkin?

"Saya Farhana." Aku senyum. "Natasha dan ni Sarah." Dia kenalkan diri dia. "Amelia ada bagitahu." Aku kata. "Of course dia bagitahu" Sarah ketawa. "Awak akan stay sini lama?" Sarah tanya pada aku dan aku geleng. "Tak, saya dah buat masalah tadi dan saya tak nak buat masalah lagi."

Aku ambil beg menari aku dan toleh ke mereka. "Saya tak nak buat drama sedih kat sini. Lagipun Alpha banyak benda nak selesai kan, Amelia pun tengah mengandung." Aku kata. "Saya akan fikirkan waktu saya menari nanti." Aku pun pergi ke arah pintu keluar untuk kelas. Aku kena pergi biar diaorang lupa pasal aku.

"Pikirkan tau!" Aku dengar Sarah kata."Baiklah." Aku kata sebelum aku keluar dari situ dan aku toleh kebelakang melihat diaorang. Diaorang akan lupa jugak aku.

                                       𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now