20 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

102 5 0
                                    

𝑨𝒅𝒂𝒎

Argh! Farhana terus ulang-ulang nama aku dekat aku, itu pun dah buat emosi aku nak meletus dalam badan aku. Aku dah jatuh cinta sangat ni dengan dia. Dan dia pun ada cuba belajar bahasa isyarat untuk aku.

Aku nak sangat dia jadi girlfriend aku.Kami hanya perlu selesaikan masalah yang ada ni.

Dia masih tidur dengan tenang di sebelah sebelah aku Alpha dan Amelia masih di bilik sebelah dengan doktor. Setahu aku, Amelia masih dalam labor lagi. Aku cuma tahu sedikit pasal anak ni. Walaupun aku tidak ada girlfriend sekarang. Sekarang, itu sahaja yang aku nak, dengan Farhana.

"Adam, kau macam mana, ok?" Boy ketuk pintu dengan perlahan sebelum masuk ke bilik.

"Ok je kalau kau tak kacau aku sekarang ni." Aku menjeling dia. Boy hanya mengangkat bahu dan duduk di kerusi.

"Aku nak bagitahu kau yang Farhana ni masih risau pasal ayah dia. Kau tahu kan ayah dia macam mana. Jadi Amelia ada bagitahu aku suruh cakap dekat kau, tolong jaga Farhana. Jangan sampai ayah dia jumpa dia dan bawak balik dia." Boy kata dengan serious pada aku.

Aku angguk pada Boy dan suruh dia keluar. Dan dia pun keluar dari bilik.

Aku toleh ke arah Farhana. Aku tengok kesan luka pada muka dia dan aku pun ingatkan diri aku yang aku akan bunuh ayah dia. Sekarang ni aku kena cari ayah dia sampai dapat.

Aku tarik Farhana ke aku dengan pergelangan tangan dia. Badam kecik dia sangat selesa dan sedikit comel. Dan aku pun menutup mata aku sambil aku memegang tangan dia. Dan akhirnya aku dibuai lena.

                                   ༺❀༻

Bila aku bangun dari tidur, Farhana dah lama bangun. Dia cuba turun dari katil. Aku pegang tangan dia supaya tak pergi kemana.

"Saya kena keluar!" Dia tolak aku di bahangian tangan aku. "Amelia tengah menjerit." Kata Farhana. Dan aku pun dengar suara Amelia menjerit.

Aku pun lepaskan tangan dia, sempat aku cium tapak tangannya. Pipi dia pun merah sebelum dia lari keluar dari bilik. My god, dia cantik.

Aku duduk dan decided untuk join sekali. Alpha ada kat sana, dan aku taknak lah tertinggal nak tengok anak dia nanti.

Aku berdiri dan berjalan dengan perlahan ke arah pintu. Aku nampak Farhana dan yang lain duduk di sofa. Zane dan Zafeer duduk di kerusi, nampak sangat diaorang stress. Dan yang lain pulak ada tugas yang Alpha bagi.

"Adam!" Natasha senyum. Dia pun nampak stress.

Aku takda mood nak bercakap jadi aku hanya angguk saja. Aku duduk di sebelah Farhana.

"Awak sihat?" Alia tanya pada aku. Dia pendiam orangnya dan ini kali pertama dia berbual dengan aku.

Aku angguk tanda aku ok. Kalau aku buat bahasa isyarat nanti, takut dia tak faham pulak.

"Korang rasa apa?" Tanya Nastasha. Dia paling excited pasal baby.

"Saya rasa perempuan." Kata Farhana. Sarah angguk setuju.

Saya pun rasa perempuan jugak." Natasha angguk. Dia senyum dan belai perut dia.

"Saya rasa lelaki." Kata Alia.

"Awak rasa lelaki ke perempuan?" Farhana tanya aku.

"Lelaki." Aku kata. Kalau perempuan nanti takut ikut perangai Amelia pulak.

Kami pun di kacau bunyi baby menangis. Amelia pun akhirnya selamat bersalin.

"Yay!" Sarah tepuk tangan dengan gembira. Dan Zane dengan Zafeer berdiri untuk masuk kedalam.

Dalam beberapa minit, kami semua akhirnya masuk dalam bilik seorang demi seorang. Sesudah Natasha dan yang lain keluar dari bilik, giliran aku dan Farhana pulak yang masuk ke bilik untuk tengok Amelia. Dia pegang tangan aku dengan erat ketika kami ke masuk ke bilik.

Benda pertama yang aku nampak adalah Alpha sedang memegang benda kecil di tangannya dan Amelia memandang ke arah Alpha.

"Hai." Amelia senyum. Dia nampak penat.

"Awak ok?" Farhana tanya dia.

"Penat." Amelia kata, "Nasib baik dah siap." Amelia senyum.

"Dan sayang sangat kuat tadi." Alpha kata pada Amelia.

"Boy or girl?" Farhana tanya.

"Tengok lah." Kata Amelia.

Aku dan Farhana pun pergi rapat ke Alpha dan lihat baby diaorang. Baby tu tengah tidur nyenyak di tangan Alpha. Nasib baik dia tak menangis sangat. Amelia pun nampak sangat penat dan lemah.

"Nama dia Dary Arwish." Amelia kenalkan anak dia. Dary Arwish, selamat datang ke ahli club Rider of Lykos.

      
                                      𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now