08 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

121 9 0
                                    

                                𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂

Setelah siap persembahan, aku kemas barang-barang aku dan masukkan kedalam beg. Aku perasan Adam duduk di tengah dan dia nampak enjoy dengan show aku. Aku tak sangka dia akan datang. Adam tinggi orangnya dan dia boleh je lempar aku dengan satu tangan.

Aku nampak Alia berdekatan dengan lobi. Aku ketawa kecil bila aku nampak yang lelaki berdiri di belakang diaorang. Dah macam bodyguard pulak. Aku tahu diaorang taknak sapa-sapa dekat dengan perempuan diaorang dan aku pasti yang lain tunggu di luar.

"Awak nampak cantik sangat!" Sarah kata bila dia nampak aku.

"Ia..bagus" Alpha kata dan senyum.

Aku nampak Adam tengok aku. Aku harap sangat dia suka dengan show aku. Tiba-tiba aku nak sangat dengar pendapat dia tentang show aku. Macam dia punya pendapat lagi penting.

"Adam, suka tak?" Amelia tanya dia. Aku tahu Amelia saja tanya.

"Okay je." Dia kata dengan perlahan. Dia pun tak nak tengok aku just pandang bawah je. Mungkin dia tak suka. Atau bosan.

"Jom keluar pergi makan." Natasha kata sambil dia tarik tangan Sarah. Dia menjeling tajam ke Adam.

"Jangan" Aku dengar Alpha kata. Dia tengah bual dengan Adam. Aku nampak Adam menjeling ke arah Natasha.

"Adam, awak bawak Farhana ke restoran tau." Kata Amelia. Dia cuma angguk perlahan.

"Kau tahu kt mana kan" Alpha kata dan pergi dengan Amelia. Sekali lagi, aku dengan Adam je sekarang.

"Adam?" Aku kata dengan perlahan. Dia toleh ke aku dengan muka masam. Aku tak rasa dia akan sakitkan aku, aku harap lah.

"Jalan." Dia kata. Aku tak tanya apa jadi aku terus jalan ke arah bike dia. Aku nampak kawan aku yang menari sekali dengan aku tadi tengok aku, tapi aku buat tak tahu. Begitu juga dengan Adam.

Aku pasti Adam dah macam orang gergasi kat belakang aku, jadi aku senyum pada kawan aku sebab aku nampak diaorang takut dengan Adam.

Kami pun sampai ke bike dia. Aku naik ke bike dia dulu dan dia naik selepas aku, dia pastikan aku okay dulu baru dia naik. Pelik bila orang yang pendiam dan garang ambil kisah pasal keselamatan kau.

Dia pun mula start enjin dia dan gerak. Aku boleh rasa angin kena muka aku. Aku boleh rasa badan dia hangat jadi aku gunakan badan dia untuk halang angin kena muka aku. Dia macam dinding, dinding gergasi.

Ia ambil masa beberapa minit untuk sampai ke restoran. Restoran nya comel. Ramai orang kat sini. Aku boleh nampak Adam benci bila ramai orang. Mata dia tengok sekeliling seperti annoying dengan tempat ni.

"Adam, kereta Alpha dengan Amelia ada kat sini lah. Rasanya diaorang kat dalam." Kata aku.

"Kau okay tak?" Adam tanya. Aku pelik kenapa dia tanya tapi aku still jawab. "Okay."

"Jom." Dia pun turun dari bike.

Aku pun start jalan, tapi aku berhenti bila tangan Adam memegang tangan aku. Aku toleh ke arah dia. Dia pandang aku seperti takda apa yang jadi. Aku tengok ke tangan kami dan pandang tempat lain. Aku pelik dengan perangai Adam sebernanya.

Walaupun rasa pelik berpegang tangan, ia rasa selesa. Aku tak pernah pegang tangan orang. Mak aku pun hilang sejak aku umur dua tahun. Jadi aku tak ingat sangat pasal dia. Yang aku ada adalah ayah aku. Aku ingat lagi dia suruh aku menari waktu umur aku tiga tahun. Aku terus hilankan kisah dulu dan aku nak focus dengan sekarang je.

Tangan Adam lebih besar berbanding aku dan aku ingatkan tangan aku normal je. Tapi aku tak tahu normal to macam mana tapi yang penting tak beberapa kecil.

Kami masuk ke restoran dan aku perasan waiter kat situ takut dengan Adam. Salah sorang waiter tu datang arah kami dengan takut. "H-hai, makan berdua?" Waiter tanya. Aku geleng dan bagitahu waiter untuk tunjuk dimana Amelia berada.

Waiter tu pun tunjuk kat mana Amelia duduk. Aku nampak si kembar Zane dan Zafeer, Alif juga ada.

Sebelum aku lepaskan pegangan aku dengan Adam, aku perasan Natasha angkat kening bila nampak aku dengan Adam berpegang tangan. Aku rasa malu dan pipi aku mula rasa bahang. Bila aku lepas dari pegangan, aku terus duduk di sebelah Sarah.

"Awak okay?" Amelia kata dan aku angguk.

"Of course lah dia okay, dia baru je pegang tangan dengan Adam." Sarah kata.

"Yeke? nampak comel kan?" Amelia kata. "Hey! saya masih kat sini!" Aku kata dengan perlahan. Kami pun ketawa.

Aku pun terus order makanan dan lihat mereka semua. Semua dah macam family sendiri. Tak kisah diaorang ni mafia, ataupun pernah bunuh orang dan semua masalah yang diaorang pernah hadapi. Aku happy dan Amelia pun tak pernah give up dengan aku. Aku tahu diaorang akan protect aku.

                                      𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now