29 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

82 1 0
                                    


                                    ༺❀༻

Adam makin manja dengan Farhana, Amelia pun ada bagitahu yang Adam akan jadi manja satu hari nanti. Dan ya, sekarang dia jadi manja walaupun dia nampak ganas. Adam selalu bersama dengan Farhana dan taknak berjauhan langsung.

"Saya suka yang ni." Farhana tunjuk ke arah sofa berwarna kelabu. Farhana membeli barang rumah bersama Adam. Mereka ingin beli warna yang agak gelap, lagipun sesuai dengan penampilan Adam. Farhana juga suka warna yang gelap.

"Kalau awak suka, ambil lah." Kata Adam. Farhana mengeluh. Setiap kali Farhana tunjuk Adam akan kata ya.

"Saya akan buat senarai apa yang saya nak, lepastu saya datang balik." Kata Farhana pada penjual dan mereka berdua keluar dari kedai.

"Kenapa awak tak ambil?" Tanya Adam. Farhana hanya angkat bahu.

"Saya taknak saya sorang je yang pilih semua tu." Kata Farhana. Adam ingin berkata sesuatu tapi dia hanya tutup saja mulutnya.

Adam bantu Farhana naik ke atas bikenya sebelum gerak. Balik ke clobhouse.

Selepas mereka sampai, mereka berdua pun masuk ke clubhouse dan pergi ke arah Adh. Adh sedang menaip sesuatu di laptop nya. Nampak laju bila dia taip.

Adh toleh ke arah Adam dan Farhana "Natasha panggil." Kata Adh ke Farhana. Farhana hanya angguk saja dan pergi cari Natasha.

Farhana nampak Natasha sedang menghias dinding sebab christmas pun dah nak dekat. Diaorang selalu akan hias clubhouse setiap holiday sebab Alpha sering suruh mereka hias clubhouse.

"Hi Ana!" Natasha senyum bila nampak Farhana. Farhana tak biasa dengan christmas jadi dia hanya lihat saja.

"Um, boleh tak awak teman saya ke kedai gelang?" Tanya Farhana ke Natasha. Farhana rasa nervous.

"Jom! saya pun nak tengok gelang awak!" Natasha pun tarik Farhana keluar tapi diberhenti kan oleh Adam.

"Nak ke mana?" Tanya Adam. Dia nampka tak happy.

"Shopping." Natasha tipu. Adam boleh tahu yang Natasha tipu.

"Jangan nak tipu aku." Adam jeling ke Natasha. Natasha pun jeling balik.

Asyik gaduh je dua ekor ni..

"Alif pun ikut." Kata Natasha.

"Mana? tunjuk."  Kata Adam. Natasha pun tunjuk ke arah luar, dan ya, Alif sedang tunggu di kereta. "Ok." Kata Adam dan beri Farhana satu ciuman di tangannya.

"Call saya kalau ada apa-apa jadi." Kata Adam. Farhana angguk dan jalan ke luar bersama Natasha.

Setelah beberapa minit, mereka pun sampai ke kedai gelang. Mereka masuk ke dalam dan mereka pun mula cari gelang yang Farhana tempah. Dan ya, kedai tu milik Boy. Boy datang ke arah Farhana dan beri gelang yang berkilau itu. "Bagus awak pilih Ana." Kata Boy.

Farhana hanya senyum. Farhana lihat ke arah gelang itu dan ada tulisan 'ADAM' di situ. Farhana senyum bila melihat itu.

"Cantik." Kata Farhana pada Boy.

"Mesti Adam akan suka. Lagipun lagi beberapa minggu korang akan kahwin kan?" Kata Boy. Farhana lihat Boy dengan pelik. Kahwin lagi beberapa minggu?

"Um, Adam takda kata apa pun?" Tanya Farhana. "Mungkin dia nak buat kejutan. Lagi pun saya dah bagitahu awak dah sekarang." Kata Boy. Farhana hanya angguk.

Farhana pun keluar dari kedai gelang itu dan balik ke clubhouse. Dia ingin tanya pada Adam pasal ini.

Dia pun tak sabar nak kahwin..

                                      ༺❀༻

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdullilah.". Mereka semua pun membaca doa.

Adan dan Farhana telah pun sah menjadi suami isteri dengan satu kali lafaz. Mereka tak jemput ramai orang, hanya Alpha, Amelia, Natasha, Sarah, Alif, Zack, dan Boy. Yang lain ada di clubhouse.

Adam menyarung cincin di jari manis Farhan dan Farhana pun buat yang sama dan menyalam tangan suaminya itu. Adam senyum dan usap kepala Farhana dan cium dahinya dengan penuh kasih sayang. Mereka berdua pandang antara satu sama lain dan senyum.

"Wah! tahniah korang. Tak sangka jodoh korang ni cepat." Kata Natasha. Dan yang lain hanya senyum. Farhana senyum sambil memeluk lengan Adam.

"Tahniah Farhana." Kata Amelia. Farhana senyum ke Amelia. "Thank you Amelia." Farhana peluk Amelia.

"Tahniah bro." Kata Alpha pada Adam. Adam angguk.

"So, korang nak buat majlis bila?" Kata Amelia. "Rasanya kitaorang tak buat kot. Lagipun saya takda orang yang saya kenal atau rapat. Sedara-mara saya pun saya tak pernah kenal diaorang." Kata Farhana. Amelia hanya senyum dan angguk.

Adam tarik tangan Farhana dan pegangnya dengan erat. Adam tengok ke arah Farhana dan Farhana pun lihat ke arah Adam. Mereka berdua senyum dan Adam dengan tiba-tiba mencium pipi Farhana. Merah muka Farhana bila Adam buat begitu.

Ya dia bahagia. Bahagia dengan orang bernama Adam. Dia berharap mereka akan kekal bersama sampai akhir hayat mereka.

         
                                        𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now