25 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

90 2 0
                                    


༺❀༻

Sudah dua hari Farhana dan yang lain diculik. Mereka di pindah ke tempat lain berulang-alik. Dan akhirnya mereka duduk setempat di satu bilik besar dan lantai yang padat dan keras. Farhana dan yang lain hanya fikirkan Natasha saja, perutnya juga hampir besar. Mereka takut kalau ada apa-apa yang jadi.

Bilik itu pun penuh dengan habuk di dinding. Mungkin ia bilik lama. Mereka juga tidak pernah nampak muka-muka ahli Red Skull. Mereka semua memakai topeng Red Skull. Sarah pun kata dia teringat pada movie Captain America.

Bagi Farhana, dia tidak pernah melihat movie itu. Ayahnya tidak pernah izinkan dia menonton movie.

Sarah juga memberitahu hari yang mereka diculik adalah hari lahirnya. Farhana pun rasa berasa bersalah sebab tidak tahu dan Natasha juga beritahu dia ada buat surprise birthday parti untuk Sarah tapi benda lain pula yang jadi. Dan sudah tentu Zack akan marah hal ni.    

Farhana bermain dengan cincin yang Adam beri padanya. Sekejap dia buka sekejap dia pasang balik. Farhana tersenyum bila teringatkan pada Adam betapa rindu pada Adam.

"Hey." Natasha berbisik dan mendekatkan dirinya sedikit. Farhana hanya senyum.

"Sekarang ni saya pregnant, saya takut kalau ada apa-apa jadi kat baby ni." Kata Nastasha dan tangannya alih ke arah perutnya yang sedikit besar.

"Jangan sampai diaorang tahu yang awak mengandung." Kata Farhana. Natasha hanya angguk kepalanya.

"Macam mana kita sekarang ni?" Tanya Alia dan rapat sedikit ke arah Farhana dan Natasha.

"Saya tak suka." Farhana mengeluh.

"Saya tahu diaorang tengah cari kita. Harap-harap Adam tak jadi raksasa lah dalam perjalanan." Kata Natasha. Farhana hanya setuju. Dia tahu betapa seramnya Adam bila dia ubah jadi raksasa bila marah. Betul-betul seram ye si Adam ni.

"Saya harap Dary ok." Kata Amelia pula. Tapi mereka tahu Alpha akan jaga anaknya dengan ketat.

"Saya pasti ayah dia akan kawal dia. Dia takkan bagi sesiapa sentuh anak dia." Kata Alia.

Farhana alihkan rambutnya kebelakang dan ia rasa rambutnya sedikit melekit. Sudah dua hari mereka tak mandi. Kalau mereka duduk situ lagi beberapa hari, sudah tentu mereka berbau.

Mereka semua merapatkan diri kerana lantai disitu sejuk. Boleh dikatakan mereka berada di bilik kebal? Hampir serupa dengan bilik kebal. Setelah itu, mereka terkejut apabila pintu bilik buka. Ia dua orang lelaki yang pakai topeng Red Skull. Mereka bawa makanan di pinggan dan bagi pada mereka berlima. Ada roti, tiga botol air mineral, dan sedikit daging goreng yang sikit. Ia masak, tapi ia seperti daging goreng lebihan dari orang yang telah baru habis makan.

"Makan." Kata salah sorang lelaki itu sebelum mereka pergi.

Amelia ambil daging goreng itu dan beri pada Natasha. Natasha pun ambil dan gigit sedikit. "Saya rindu masakan Zane." Natasha kata sambil mengunyah.

"Samalah." Kata Alia. Dan mereka pun angguk.

                                     ༺❀༻

Sudah masuk empat hari Adam dan yang lain masih belum sampai untuk cari Farhana dan yang lain. Kenapa mereka lambat sangat? atau mungkin mereka tak dapat cari Farhana dan yang lain? atau mereka dah give up?

Farhana sahaja yang tidak tidur sekarang, Amelia dan yang lain sudah lena. Farhana sedang lihat kearah luar tingkap. Sekarang pun sudah waktu tengah malam. Adam mungkin masih bangun sebab dia tahu Adam takkan tidur bila dia tidak ada dengan Adam. Farhana berharap dia boleh berbual dengan Adam sekarang. Dia rindu semua di club, termasuk boyfriendnya Adam. Arh! rindu sangat!

Farhana baring di sebelah Amelia sambil memikir Adam. Adam selalu fikirkan keselamatan dia, pastikan Farhana selesa. Tapi dia sekarang tak selesa. Dia benci tempat ni.

Farhana mengeluh lalu dia memejam matanya. Mungkin mimpi Adam lebih bagus. Dia sangat rindu pada Adam. Terlalu rindu.

                                        𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now