18 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

80 4 0
                                    

                                  𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂

Tak, semua ni tak betul. Adam ditembak tiga kali. Paha dia, bahu, dan tepi perut dia. Boy kata Adam akan ambil masa yang lama untuk sembuh. Ikut pada lukanya.

Yang lain cepat-cepat hantar Adam ke dalam rumah. Natasha tolong keluarkan peluru-peluru dan yang lain pun ada luka sedikit. Aku hanya duduk pandang dari jauh bersama Amelia.

Ia ambil beberapa jam untuk doktor sampai. Bila doktor sampai, Adam terus dirawat di bilik. Dan aku hanya lihat dia dari jauh dan nampak semua darahnya.

"Jom makan." Sarah bawa aku ke dapur. Aku duduk di kerusi dan dia buat sandwich. "Zack pun kena tembak jugak." Kata Sarah. "Selepas saya rawat dia tadi, dia pergi rumah anak yatim yang saya pernah tinggal dulu. Pastu dia datang sini balik."

"Awak pernah duduk kat rumah anak yatim?" Tanya aku dan dia angguk.

Sarah letak pinggan di hadapan aku bersama sandwich yang dia buat. "Saya ada mak dengan ayah. Saya rasalah. Bila saya umur tiga tahun, diaorang hantar saya kat rumah anak yatim. Saya tak tahu kenapa." Dia gelak sedikit dan aku hanya senyum. "Masalahnya tempat tu tak macam rumah anak yatim. Macam tempat eskperimen. Diaorang bawak alat-alat yang saya tak pernah nampak. Dan ada basement, saya boleh katakan lab. Diaorang buat test dekat budak-budak. Termasuk saya. Saya favorite diaorang." Sarah angguk. "Hanya satu hari saja diaorang bagi saya rehat, Ahad. Dan hari tu jugak saya nak larikan diri. Masa tu saya dah tujuh belas tahun jadi saya tak tahu nak buat apa sangat. Jadi saya hanya lari ke balai polis. Tapi diaorang nak bawak saya le hospital. Tapi, saya lari. Saya takut kena tangkap. Jadi saya lari sampai saya dah jauh dari situ sampai saya ke kawasan lain dan saya rehat. Saya takda duit jadi saya masuk je kedai mana-mana ada kat situ. Dan kebetulan ia kedai gitar Boy. Zack dengan Alpha pun ada kat situ masa tu. Dan diaorang bawak saya ke clubhouse. Zack jaga saya, dia baik sangat. Saya sakit masa tu sebab eskperimen yang saya pernah kena tu. Sejak tu Natasha selalu ajar saya baca, ajar huruf-huruf. Dan saya sihat, tapi..saya tak boleh ada anak." Sarah senyum. "Saya dengan Zack dah kahwin. Tapi kami kahwin secara senyap. Bukan kat sini." Sarah kata dengan air mata.

"Sebab tu ke awak...." Sarah angguk sebelum aku habiskan kata aku. Sebab tulah dia nampak sedih bila tahu natasha pregnant. "Zack tahu ke?" Aku kata dengan perlahan sebab takut Zack dengar.

"Tahu. Dia pun ok je. Dia pun berharap dia ada anak sendiri tapi dia ok dengan anak angkat." Sarah lap air matanya. Dia memang perempuan yang kuat.

"Guys, Adam dah bangun." Zane kata dari bilik.

Aku dengan cepat pergi ke bilik. Adam yang baring di katil dengan balutan di kaki, bahagian perut dan bahu. Dia tak memakai baju. Aku tak kisah sangat. Aku cuma kisah kat dia je.

Dia hulur tangan dia ke aku. Aku letak tangan aku ke tangan dia dan dia tarik aku duduk sebelah dia dan pegang aku dengan kuat, macam dia hampir nak hilang aku.

"Saya yang patut tenangkan awak." Aku nangis.

Adam tarik aku lagi rapat ke dia. Dia lepaskan aku sekejap dan sign sesuatu. Semua dalam bilik pon pergi. Mungkin dia suruh diaorang keluar.

"Jangan nangis." Kata dia.

"Awak boleh mati tau!" Dia tak fikir ke dia boleh je mati dengan tembak.

"Saya ada kat sini." Dia sandar kepalanya ke leher aku.

"Awak sakit? doktor ada bagi ubat?" Aku tanya dia.

"Nasib baik awak ok." Dia belai rambut aku sambil peluk aku.

"Saya yang patut kata tu." Aku mengeluh.

"Saya pernah kena tembak sebelum ni." Kata dia.

"Jangan macam ni lagi please.." Aku kata.

"Ni tugas saya." Kata Adam. Aku dah agak dah. Aku tahu dia akan cedera bila ada tugas. Aku suka dia, sangat. Aku cuma taknak cepat. Aku masih tak tahu sangat pasal diaorang lagi.

"Stay dengan saya ye?" Tanya Adam. Aku angguk dan duduk dengan dia. Harap dia cepat sembuh.

                                      𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now