07 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

127 8 0
                                    

                                    𝑨𝒅𝒂𝒎

Hari ni hari pertunjukkan Farhana. Yang lain happy, lebih-lebih lagi Amelia. Dia asyik cakap sepanjang hari.

Minggu lepas aku ada hantar dia ke kelas. Kami tak banyak bercakap, tapi selesa sikit bila dengna dia. Aku masih tak tahu perasaan aku dekat dia. Tiba-tiba je aku dekat dengan dia. Dia perempuan yang pertama aku paling selesa.

Aku turun dari bike aku dan yang lain pun berhenti di sebelah aku. Yang lain ada yang naik kereta. Alif, Adh dan Boy jaga clubhouse kalau ada apa-apa terjadi.

"Abang, awak masuk tak?" Aku dengar Amelia tanya Alpha. Amelia sedikit sensitive sejak mengandung jadi Alpha kena hati-hati dengan kata-kata dia.

"Kalau awak suruh saya masuk je" Alpha kata. Amelia angguk. Aku boleh agak dia taknak masuk tapi sebab isteri dia suruh, dia terpaksa ikut.

"Masuk lah." Zack kata disebelah aku. Aku tengok dia dengan pelik. "Masuk lah tengok pertunjukkan dia." Lalu dia pergi macam tu je. Jadi aku decide untuk masuk sekali. Diaorang dah beli tiket so aku kena masuk jugak.

Bila aku nampak yang lain, aku pun duduk sebelah Alpha. Alpha pandang aku dengan pelik. Aku pun sign pada dia.

*Apa?* Aku sign.

"Buat apa kat sini? cari seseorang ke?" Dia ketawa. Kalau dia bukan boss aku, aku dah lama pukul dia.

Ia ambil masa yang lama untuk pertunjukkan mula. Dan show pun mula, aku boleh nampak umur budak dalam lapan tahun atau sepuluh tahun di pentas. Kemudian, orang dewasa pulak yang berada di pentas.

Setelah beberapa minit, aku pun nampak kelibat Farhana. Oh god! tiba-tiba jantung aku jadi laju bila aku nampak dia.

Gerakan dia sangat cantik dan lembut. Aku dah macam budak kecik tengok cite kartun pulak. Aku pun perasan yang dia sangat cantik, kalau ikutkan dia pendek, tapi bila menari dia nampak tinggi.

Bila dia habis persembahan, dia bongkokkan badan dia dan dia lihat sekeliling. Dia tengah cari kami. Dia masih mencari dan mata kami pun bertembung. Dia senyum sedikit sebelum dia pergi ke belakang pentas.

Persembahan seterusnya bersama partner, tapi kenapa partner dia lelaki?. Banyak kali tangan lelaki tu sentuh tangan nya dan berpusing bersama. Aku tak tahu kenapa aku rasa nak marah and jealous. Aku just focus kat dia.

Aku lega bila show dia habis. Menari dia bagus. Perempuan yang lain happy sambil bual sesama sendiri. Aku dan Alpha pulak di belakang mereka. Ada perempuan yang pandang Alpha tapi dia buat tak tahu je. Alpha memang takda interest dengan mana-mana perempuan selain isteri dia sendiri. Macam aku anggap terhadap Farhana, aku boleh katakan aku nak dia. Selepas tengok dia menari.

                                      𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now