23 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

87 1 0
                                    

𝐇𝐢 𝐫𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬!
𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐲𝐠 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐡𝐚𝐛𝐢𝐬 𝐜𝐢𝐭𝐞 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐮𝐭𝐡𝐨𝐫/𝐫𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬 𝐩𝐨𝐯 𝐬𝐚𝐣𝐚. 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐚𝐧𝐝 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐎𝐕 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐚..𝐬𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭. 𝐒𝐨 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐧𝐣𝐨𝐲 𝐲𝐞 𝐜𝐢𝐭𝐞 𝐬𝐢𝐬 𝐧𝐢❤️

___

Adam dan juga Farhana telah beritahu pada Amelia dan yang lain tentang dia dan Adam sudah bersama. Dan sudah tentu mereka semua gembira dengar berita itu. Amelia pun ada warning pada Adam supaya jangan sakitkan hati Farhana. haa, dengar tu Adam!

Amelia pun ada juga bagitahu Farhana yang dia akan dapat jaket sebab dia dah pun jadi salah sorang dari club.

Adam pun sangat protective bila pasal Farhana. Setiap kali dia akan pastikan Farhana akan selamat setiap kali keluar pergi kelas dia. Dia pun tak kisah bila Adam selalu ada dengan dia. Dia lagi suka!

Hari ini Farhana, Amelia, Sarah, Alia dan juga Natasha pergi ke rumah ayah Amelia untuk mandi-manda di kolam rumah ayah Amelia. Mereka berlima sangat excited untuk pergi ke sana.

Mereka berlima mengemas pakaian untuk bawa ke sana. "Ana, awak dah ready?" Natasha tanya pada Farhana dari jauh.

"Dah!" Ana jawab dengan happy. Ya, dia tak sabar nak pergi ke sana. Ana pun keluar dari bilik dia dan pergi arah Natasha yang sedang menunggu dia di luar bilik Ana.

"Amelia, Alia, dan Sarah dah tunggu kat kereta." Kata Natasha. Mereka pun jalan turun ke bawah.

Mereka pun jalan ke arah bar dan di situ ada Adh dan yang lain sedang berbual di situ. Termasuk Adam. Farhana jalan ke arah Adam dari belakang dan letak tangannya dia belakang Adam perlahan. Adam tak nampak terkejut dan niat Farhana untuk terkejutkan Adam. Adam pun terus memegang tangan Farhana dan tarik Farhana rapat ke arahnya.

"Dah nak pergi ke?" Tanya Adam. Ana hanya angguk kepala dia saja. Adam tarik Ana ke dia dan beri satu ciuman dia tapak tangannya. Adam pandang Farhana dengan lembut. "Call saya kalau ada apa-apa berlaku." Kata Adam. Risau sangat lah dia ni..

"Ok." Farhana kata dengan senyum. Farhana pun pusing untuk pergi tapi dia berhenti bila Adam letakkan sesuatu di tangan dia. Ia sebentuk cincin yang kecil. Ia kepunyaan Adam.

"Jangan tanggalkan." Adam bagitahu Farhana dan beri satu ciuman di jari Farhana. Farhana pun pergi tinggalkan Adam dan pergi ke kereta. Bila Farhana dah masuk ke dalam kereta, dia terus lihat cincin di jarinya.

"Apa tu?" Tanya Alia. Farhana hanya diam tanda tidak tahu.

"Adam yang bagi." Farhana kata dan letak cincin tu ke jari manisnya di kiri.

Mereka pun gerak ke rumah ayah Amelia. Ia ambil masa lima belas minit untuk sampai ke rumah ayah Amelia. Telah sampai, mereka pun terus tukar pakaian ke suit berenang yang mereka bawa dan pergi ke arah kolam.

"So, awak dah tahu ke nama panjang Adam?"  Tanya Alia. Dia berdiri di sebelah Farhana di dalam kolam.

"Dah." Kata Ana. Keempat-empat pandang Farhana menunggu jawapannya. "Adam Mikhail." Farhana senyum bila menyebut nama itu.

"Aww, comelnya!" Kata Sarah.

"Korang ada buat apa-apa selain peluk?" Sarah tanya. Excited betul si Sarah ni. Haih.

"Takda pun..just..cium. Tapi kat tangan je." Kata Ana dengan malu.

"Yeke cium? ke...dah.." Farhana terus tutup mulut Sarah dengan pantas. Macam-macam lah Sarah ni, ke situ pulak. Ish ish ish...

"Awak tak pernah ada boyfriend ke sebelum ni?" Alia tanya. Farhana geleng kepalanya. Ya, dia tak pernah ada kawan atau boyfriend. Dia dilarang oleh ayahnya sendiri.

"Kami pun sama, kecuali Alia lah." Natasha kata sambil ketawa.

Farhana pun senyum saja dan tiba-tiba ketawa mereka terhenti bila mereka dengar bunyi dari pokok berdekatan disitu. Ia tak terlalu lebat.

Dan dengan terkejut bunyi tapak kaki yang kuat ke arah mereka. Dengan cepat Amelia, Sarah dan Alia berdiri depan Natasha. Dia mengandung dan dia memang perlukan perlindungan. Farhana hanya berdiri di sebelah Natasha. Dia pun ada rasa sedikit berani dan sedikit takut.

Lima lelaki keluar dari kawasan pokok itu dan jalan ke arah mereka. "Dengar sini, sama ada korang ikut kami dengan tenang atau kami akan paksa korang ikut kitaorang." Salah sorang dari mereka kata.

"Korang siapa hah!?" Natasha tanya pada mereka.

"Tak kisahlah siapa kitaorang, ambil diaorang" Salah sorang dari mereka kata dan yang lain terus lari ke arah Amelia dan yang lain.

"Call Alpha!" Natasha menjerit bila lelaki di situ tariknya keluar dari kolam. Farhana dengan cepat lari ke arah lain untuk ambil telefon. Shit, macam mana diaorang boleh jumpa ni!

Farhana pun ambil telefon dia tapi tidak sempat bila lelaki di situ tarik tangannya dengan pantas.

Farhana pun bergerak untuk lepaskan dirinya tapi takda guna. Dia pun menendang ke belakang dan kena di bahagian lutut lelaki itu. Lelaki itu pun jatuh dan Farhana dengan pantas lari ke dalam rumah untuk panggil ayah Amelia kerana ayah Amelia pun ada di rumah cuma dia menjaga anak Amelia di bilik.

Sebelum Farhana masuk untuk panggil ayah Amelia, salah sorang dari mereka pantas tarik Farhana dan bawaknya ke arah yang sama mereka datang tadi. Semua lelaki tadi ada mereka berlima. Habislah pasangan biker diaorang marah. Habislah...

                                       𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now