31 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

95 6 0
                                    


༺❀༻

Farhana dan Adam sudah sampai ke clubhouse dan mereka berdua terus ke ruang tamu. Ada Amelia sambil dukung Dary, Boy, Zack, Alif, Sarah, Natasha, dan juga ayah Amelia yang sedang memakai topi birthday di kepala. Nampak sangat kena paksa pakai. Alpha mungkin ada meeting dan dia tak ada di situ.

"Woo..pengantin baru dah sampai." Kata Boy. Adam menjeling ke Boy. "Diam." Kata Adam dengan serious. "Alah kau ni, gurau je." Kata Boy pada Adam.

Mereka berdua duduk di sofa dan mereka pun sambut birthday ayah Amelia. Walaupun ayah Amelia tak suka dengan semua ni, dia tetap ikut sebab kena paksa dengan Amelia. Nak buat macam mana, Amelia sorang je anak perempuan jadi dia kena ikut.

Setelah nyanyi lagu birthday ke ayah Amelia, mereka semua mula makan makanan yang dihidang di meja kecil. Sementara itu, ayah Amelia sibuk membuka balutan hadiah dari mereka semua.

Farhana juga ada bawa hadiah untuk Adam. Masa dia kena culik, hari tu adalah birthday Adam tapi mereka tak sambut sebab kena selamatkan Farhana dan yang lain. Farhana ada membeli cincin berwarna perak dan juga ada namanya tertulis 'FARHANA' untuk berikan pada Adam. Tapi dia tidak tahu macam mana nak bagitahu. Sempat dia beli waktu dia mengambil gelangnya dia kedai Boy hari tu.

Walaupun Adam dah ada cincin kahwinnya, dia tetap nak bagi cincin baru ke Adam. Harap-harap Adam suka.

Tidak sempat Farhana untuk mengambil cincn itu dari begnya, dengan tiba-tiba Zack bersuara. "Korang ada invite sesiapa lagi ke birthday ni?" Kata Zack sambil menunjukkan ke arah luar. Di luar ada kereta berwarna merah dan keluar lah seorang lelaki. Lelaki yang Farhana cukup kenal. Dengan cepat Adam dekatkan diri dia ke Farhana.

"Kau buat apa kat sini?" Kata Zack. Dan yang lain berdiri takut ayah Farhana datang dekat.

"Aku datang sini nak ambil anak aku. Dia kena pergi kelas menari dia. Hidup dia macam sampah bila dengan korang semua!" Kata ayah Farhana dengan jerit. Farhana pulak hanya diam kaku. Dia tak tahu pulak yang ayahnya akan jadi sedikit ganas.

"Dia ok je kat sini." Kata Natasha dengan selamba.

"Kau diamlah perempuan." Kata ayah Farhana. Oh tidak, ada yang tak baik akan jadi.

"Kau keluar sekarang!" Kata Alif dengan penuh marah. Alif mahu keluarkan pistolnya tapi ayah Farhana keluarkan pistolnya dahulu. Adam tidak ada pistol bersamanya, kalau ada sudah pasti ayah Farhana dah mati sekarang.

"Sudah! berhenti!" Farhana jerit. Dia taknak ada sesiapa yang cedera sebabkan dia. "Jangan cederakan sesiapa. Saya pergi." Kata Farhana. Adam dengan cepat pegang lengan Farhana tak bagi dia pergi.

"Kau memang tak pernah berubah. Selalu dengar kata aku." Kata ayah Farhana pada Farhana.

"Kau dah guna duit orang dan curi duit orang, pastu nak kat dia kenapa! pergi lah cari kerja kat kerajaan sana!" Adam kata dengan penuh rasa marah. Ayah Farhana pun letak pistolnya ke arah kepala Adam.

"Jangan, jangan. Saya pergi." Kata Farhana sekali lagi. "Turunkan pistol tu." Farhana kata dengan ayahnya.

"Jom." Kata ayah Farhana. Farhana pun gerak ke arah ayah dia.

Farhana ke Adam dan senyum sedikit dan angguk pada Adam. Dan Farhana pun pergi ke arah ayahnya. Ayahnya tarik tangan dan bawa dia pergi. Farhana pandang ke belakang pada keluarga yang dia duduk selama beberapa bulan lalu. Dan dia pandang ke arah suaminya Adam. Adam dengan marahnya dia memandang ke arah Farhana dan ayah Farhana dengan geram. Tak, macam mana kalau Adam marah dan dia akan cederakan seseorang nanti? Farhana hanya fikirkan itu saja.

Ayah Farhana tarik lengannya dengan kuat dan masukkan Farhana ke dalam kereta. Mungkin inilah yang dia fikirkan. Dia kan mula hilang duit sekali lagi, dan tidak akan dapat keluar dari hidup ayahnya lagi.

"Cuma nak kepastian je." Farhana pandang ayahnya dengan pelik dan ayahnya memukul kepalanya dari belakang dan semua menjadi gelap.



༺❀༻

Farhana akhirnya buka matanya dan sekarang dia berada di biliknya yang dulu. Bilik yang penuh memori yang sangat dia susah untuk lupakan. Sekarang dia kembali dengan hidupnya yang dulu. Farhana lihat ke luar dan nampak hutan, ya mereka duduk di kawasan hutan. Rumah mereka terletak di hutan perkampungan.

Farhana cuba untuk buka tingkap tapi ia kunci. Nampak sangat ayahnya yang kunci. Lagipun Amelia dan yang lain dah tak perlu risau pasal ayahnya kan? ayahnya pun sudah dapat apa yang dia nak. Farhana juga ada harap yang mereka akan cari dia.

Lagipun esok dia dan Adam sepatutnya pergi honeymoon tapi benda lain pulak yang jadi hari ni. Farhana tak sangka apa yang dia katakan semalam betul. Dia tak sedap hati dari semalam dan ya, ayahnya ambil dia dari Adam.

"Hey! siap-siap sekarang! kelas kau start lagi berapa jam!" Jerit ayah Farhana dari luar pintu biliknya.

Farhana pun ambil beg kasutnya di sebelah katil dan dia menukar pakaiannya. Selepas dia siap, farhana ketuk pintu biliknya. Farhana memang akan ketuk pintu biliknya sebelum dia keluar dari bilik ataupun dia mahu makan. Dia pun dah terbiasa.

"Jom." Ayah Farhana pun tariknya ke kereta. Dan mereka pun gerak. Farhana boleh nampak pokok di sekitar sini. Dia tak kisah dengan semua tu tapi yang pelik kenapa lama sangat nak sampai ke kelas? biasanya lima minit dah sampai.

Farhana lihat sekelilingnya dia tak pernah lalu jalan ni. Mana ayahnya nak bawak dia?

Setelah tiga puluh minit, akhirnya sampai ke kelas dia. Tapi...kenapa macam pelik tempatnya? what!? ini bukan tempat kelas dia! ini tempat lain! dia tak pernah datang ke tempat kelas ni. Lagipun Farhana mana kenal dengan diaorang! Dah lah jauh dari tempat tinggalnya. Jauh dari suaminya.

"Dah..jadi baik. Jangan nak lari." Kata ayahnya dan halau dia keluar dari kereta.

Farhana pun ambil begnya dan keluar. Dia memandang bangunan yang besar di depannya. Harap-harap berjalan dengan lancar lah. Dia pun budak baru di situ.

                                       𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Onde histórias criam vida. Descubra agora