04 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

172 10 0
                                    

                                    𝑨𝒅𝒂𝒎

Sudah beberapa hari Farhana balik ke rumah kelab. Dia ada kelas tarian setiap hari pada pukul dua. Tiga jam dia keluar untuk berlatih. Saya rasa dia menyebut tentang show dia? atau sesuatu minggu depan. Yang lain dah rancang untuk membeli tiket.

"Adam." Aku dengar suara yang manis dari tepi aku. Farhana yang berada di sebelah aku dengan keadaan nervous sambil memegang beg menari dia. Aku memandang dia.

"B-boleh tak awak h-hantar saya ke kelas?." Dia tanya. Ia buat aku sedikit kecewa bila dia rasa takut dengan aku. Aku tak tahu kenapa tapi orang kat sini tak patut takut dengan aku, tapi dia saja. "Um, maksud saya awak tak perlu pun, cuma Amelia tak sihat sikit dan yang lain pun busy. Saya boleh jalan kaki kal-"

"Aku hantar." Aku angguk. Farhana tengok aku dan lalu senyum.

"Terima kasih!" Dia kata dan pusing ke ke arah pintu. Bike aku ada di tempat parking bike termasuk yang lain.

Aku ikut dia dari belakang nampak betapa keciknya dia. Dia tahu yang mana satu bike aku dan aku rasa sesuatu dekat hati aku bila dia tahu yang mana satu bike aku.

Aku letak beg dia di bike sebelum aku naik. Farhana struggle untuk naik di belakang aku dan aku ketawa kecil. "Bukan salah saya semua orang kat club ni tinggi-tinggi" Dia bebel.

Aku senyum sambil aku start enjin bike aku dan gerak ke kelas menari dia. Aku ingat jalannya. Bila kami sampai, dia pun turun dari bike dan tiba-tiba rasa pelik bile dia dah takda di belakang aku.

"Terima kasih! jumpa lagi!" Dia lambai dan masuk ke studio menari dia. Aku nampak seorang wanita yang sedang menunggu dia. Mungkin gurunya. Dan aku pun gerak untuk pulang.

Ia ambil masa sepuluh minit untuk aku sampai ke clubhouse dan Alpha tengah tunggu aku di pintu dan terus kami pergi ke meeting room. Aku duduk di sebelah Zack, dan sebelah lagi Zack adalah Adh. Boy duduk di sebelah Alif. Dan di hujung pula Zane dengan Zafeer, ye mereka kembar tak seiras.

"Korang semua tahu situasi sekarang kan?" Alpha tanya. Semua angguk. "Bagus, sebab ni kita kena ambil tindakan sebelum diaorang datang pada kita." Alpha hentak tangannya di meja.

"Aku akan pasang camera." Adh kata.

"Aku akan kumpulkan data-data yang perlu." Boy kata sambil tengok aku. Aku angguk setuju.

"Kita tak perlu lock down lagi. Biar mereka fikir kita tak tahu pasal diaorang." Alpha kata.

"Korang semua kalau nampak diaorang report terus dekat aku. Adam kau kena ambil Farhana balik mulai hari ni." Alpha kata. Dan aku angguk sahaja.

Selepas beberapa jam meeting, aku terus pergi ke bilik aku untuk rehat. Aku baring sambil fikir masalah-masalah kami dengan musuh kami. Aku teringat yang Farhana pun dah mula terjebak dengan hal ini sejak dia datang ke sini. Dia tak patut ada kat sini, dia patut pergi. Mungkin dia lagi selamat bile dia takda disini?

Kenapa aku peduli pasal dia? kenapa dia ada kat otak aku ni? Dia sama macam perempuan lain. Dia boleh cari laki yang baik bukan psychopath macam aku.

Aku kena berhenti fikir pasal dia, Amelia yang nak dia ada kat sini. Aku tak patut rapat dengan dia. Amelia pun dah warning kat aku.

Aku pun bukak kasut aku dan baring, aku harap lepas aku rehat fikiran aku akan tenang sedikit.

                                     𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now