15 | 𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀𝐌

91 5 0
                                    

                                 𝑭𝒂𝒓𝒉𝒂𝒏𝒂

Sudah beberapa hari kami tinggal di rumah selamat kami. Ia comel dan sangat selesa. Kami tak dengar lagi apa-apa berita pasal di clubhouse, Adam pun takda mesej aku lagi.

Sekarang kami tengan berehat di ruang tamu. Zafeer sekarang pun ada di bilik dia melakukan tugas dia.

"Farhana, awak tak tahu sangat kan pasal kami?" Tanya Sarah pada aku. Aku hanya geleng kepala.

"Cuma basic stuff je." Kata aku.

"Well, saya cerita sikit pasal saya." Kata Natasha. "Saya ada kay club ni masa umur saya lapan belas tahun. Sekarang saya dua puluh dua tahun. Masa umur saya tiga belas tahun, saya kena letak cincin sex-trafficking. Saya tak pernah ada mak atau ayah so saya dibesarkan melalui computer. Korang tahu-tahu lah apa maksud nya dari computer tu. Masa saya umur lapan tahun, saya diambil anak angkat dengan satu family ni. Diaorang sangat baik. Lepastu, diaorang menghilang, jadi saya pun hilangkan diri. Tapi disebabkan saya ada cincin tu, diaorang jumpa saya dan ambil saya. Saya kena...rogol." Natasha tarik nafas dan lap sedikit air matanya.

"Natasha, awak tak-" Aku cuba bagitahu dia supaya jangan sambung.

"Takpa, saya ok je." Dia sambung. "Bila saya dah masuk umur tujuh belas tahun, saya dapat larikan diri. Last owner saya dia orang tua yang pemalas. Dia tak perasan pun saya dah lari. Saya lari dalam tiga bulan sebelum saya masuk kat sini. Adam yang jumpa saya." Natasha senyum pada aku. Aku blushing, tahu sebab apa dia pandang aku. "Saya curi makanan dari tong sampah. Adam besar orangnya, bila dia suruh masuk dalam kereta, saya fikir saya akan kena culik lagi. Tapi dia bawak saya kesini, dia panggil doktor untuk periksa saya. Dan saya jumpa Alif waktu tu. Dia ganas dulu. Lepastu dia start posesif dengan saya macam sekarang ni." Natasha gelak kecil. "Dan sekarang, ni lah kami." Dia senyum ke perutnya.

"Setiap kali.." Amelia menangis.

"Awak selalu nangis dengan cerita orang." Natasha gelak.

"Nasib saya pun ada di sini." Aku senyum.

"Saya pun. Saya takkan jumpa kawan yang baik kalau saya takda kat sini." Kata Natasha.

"Dan saya rasa Alif pun mesti tak tentu arah." Kata Sarah.

"Um, Alpha sorang jeke ada nama samaran? atau yang lain ada jugak?" Aku tanya ke mereka.

"Just Alpha je ada nama samaran. Yang lain takda." Sarah kata.

"Awak dah tahu nama penuh Adam?" Tanya Alia. Aku geleng kepala.

"Awak semua tak tahu nama penuh dia ke?" Bukan ke diaorang dah lama kat sini? takkan tak tahu?

"Tak! Diaorang terlalu strict dengan peraturan. Cuma Lucian dengan ayah Amelia je yang tahu. Dan orang seterusnya yang akan tahu adalah pasangan diaorang." Kata Natasha.

Aku pandang dengan pelik. Kalau diaorang sakit dan perlukan hospital. Kena bagitahu nama penuh jugak kan?

Aku tertanya kalau Adam nak bagitahu aku nama penuh dia. Kitaorang cuma peluk je dan dia pun selalu cium kepala aku. Kitaorang tak confess apa-apa lagi. Aku tahu aku suka Adam. Tapi aku tak tahu dia rasa apa pada aku.

"Awak ok?" Kata Alia. Aku cuma angguk.

"Saya cuma tertanya, awak semua ada match cincin ke dengan pasangan awak semua? sebab saya ada perasan." Tanya aku.

"Oh, semua yang berpasangan akan dapat." Natasha tunjuk aku cincin nya di jari kanannya. Ia cantik dan berkilau. Dan ada batu permata di atas dan ada perkataan 'Alif' di sekitar cincin tu. Amelia pun tunjuk pada aku cincin nya. Ia pun cantik dan tertulis nama 'Lucian' di situ. Sarah pun tunjuk ke aku dan tertulis nama 'Zack' di situ. Semuanya cantik.

"Cantik." Aku kata dan angguk. "Lelaki pun ada jugak?" Tanya aku.

"Ada. Dan cincin diaorang pun ada nama pasangan masing-masing." Kata Natasha.

"Lucian pun dia belikan selepas kami kahwin, bukan masa kahwin" Kata Amelia.

"Awak nikah je ke?" Kata Natasha.

"Tak. Kami sanding sekali." Kata Amelia. "Haa!? sanding? kenapa saya tak tahu!?" Kata Natasha.

"Cuma abang-abang saya dengan ayah saya je ada. Kami tak jemput sesiapa. Lucian taknak." Amelia kata.

"Dia pun ada belikan macam-macam waktu tu, dan paksa saya makan sampai habis." Kata Amelia.

"Untuk princess dia!" Kata Alia. Amelia angguk. Aku rasa tu nama panggilan Amelia.

"Hey, Farhana pun ada nama singkatan kan?" Sarah ketawa kecil.

"Haa?" Aku tertanya apa nama singkatan tu.

"Rina. Sebab awak ballerina." Sarah senyum.

Rina? Ok jugak.

"Nama manja Sarah pun Zack panggil 'button' kan?" Kata Natasha.

"Hey!" Sarah tepuk lengan Natasha. "Comel" Kata aku.

"Adam ada panggil awak dengan nama manja?" Tanya Sarah. Pipi aku terus berwarna merah bila teringat Adam panggil nama manja aku. "Dia ada lah!" Kata Sarah.

"Babygirl." Kata aku dengan perlahan. "Babygirl!? Alia tepuk tangan. "Tak sangka dia akan panggil macam tu." Kata Alia.

"Alpha call!" Zafeer kata sambil dia datang ke arah kami. Aku pun lupa yang dia ada kat sini.

"Luci!" Amelia bangun dan berlari anak ke Zafeer. Yang lain hanya ketawa dan ikut dia. Aku pun ikut, mungkin aku boleh bercakap dengan Adam.

                                       𝐓𝐁𝐂

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐡𝐚𝐢𝐥 [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now