Part 3 : Ingin Tahu

8.7K 391 43
                                    

*Dalam Musalla*

Balik dari DM, singgah sekejap di Musalla. Dengar kata budak histeria sedang dipulihkan. Aku sendiri tak menyangka peristiwa histeria berlaku depan mata. Itu adalah kali pertama.

Dari jauh kitorang perhatikan budak terpekik terlolong itu terlantar di tengah-tengah Musalla. Pergerakannya ganas. Seolah-olah seperti orang sakit jiwa. Cuba meloloskan diri daripada genggaman oleh para ustaz dan 5 orang lagi anak buahnya (mereka semua adalah AJK masjid kampung). HEM dan Ustaz Mat pom ada juga. Budak itu tidak aku kenali namanya, tapi aku yakin dia junior Form 2, dan sangat dikenali dengan gaya 'tak hormat senior'. Setelah beberapa minit yang aku tak pasti (kerana terlalu kagum), akhirnya budak itu semakin tenang. Tiada lagi gaya renang kuak bebas atau high-kick-taekwando-sambil-baring. Itu pun setelah si ustaz menyelimuti badan budak itu dengan sejadah berwarna hijau dari paras dada sehinggalah ke buku lali. Kena kunci barangkali. Tenang dia berbaring, mata melihat ke atas, kepala masih menggeleng perlahan dan.....kakinya. Hujung kaki dia bergoyang kiri kanan kanan kiri. Laju. Kelihatan seperti orang gila.

Aku tak pasti apakah perasaan ini. Sesuatu yang sukar untuk aku gambarkan. Secara fizikalnya memang badan budak itu. Secara lahiriah? Rohnya? Sudah tentu 'benda' itu telah menguasai keseluruh badan empunya. Tapi bagaimana? Tak jauh fikiran aku melayang, tapi itu sudah cukup membuat bulu roma aku meremang. Aku cuba sedar dari lamunan. Masih cuba untuk fokus apa yang berlaku sekarang.

Meraung.

Terpekik.

Terlolong.

Mula menguasai kembali. Tetapi yang anehnya, badannya, tangannya, kakinya, semua kaku. Yang bergerak hanyalah kepalanya yang seolah-olah cuba untuk bangun dari pembaringan dan tapak kaki yang bergoyang-goyang laju. Walau dicuba seribu daya untuk melepaskan diri, namun tetap sukar untuk dia bangun. Begitu hebat 'kunci' yang dilakukan oleh si ustaz. Sekali lagi aku kagum. Ya, sangat kagum dengan kuasa 'luar biasa' itu.

Keadaan menjadi tegang, bila si ustaz cuba untuk berinteraksi dengan budak itu. Atau kata lain, berinteraksi dengan 'benda' itu. Ditanya 'Siapa kamu?', dibalas dengan jelingan. Ditanya kali kedua, dibalas dengan jawapan yang agak kasar (tetapi sukar untuk aku fahami apa yang diperkatakan) dan seterusnya aku tidak lagi mendengar apa yang ustaz tanya.

Kemudian becok 'benda' itu berbicara. Laju. Aku tak tahu apa yang dilalutkan. Kemudian ketawa berdekah-dekah. Kemudian berbicara dengan nada marah. Merengus. Kemudian ketawa kembali. Agak la macam orang gila sikit. Aku mula mengadu kat kawan sebelah.

"Amende la natang tu cakap. Dok paham weh,"

"Kau ni, tu pom tak dengar ke?" soal Syud.

"Kalau dengar takde la mengeluh gini". Masa ni ustaz ada tanya sesuatu dan 'benda' tu pom dah tutup mulut.

"Tadi 'dia' terpekik menjerit 'dia' kata tak nak keluar daripada badan budak tu. Budak tu jahat. Budak tu bodoh. Budak tu buat 'dia' marah. 'Dia' benci. Memang layak budak tu terima balasan. Pastu marah kat ustaz jangan ganggu 'dia'. " panjang Syud menerangkan. Ditekan-tekan perkataan 'dia' tu. Bagi aku paham sikit, dia tu maksudnya 'benda' itu.

"Pastu masa 'dia' gelak tu, 'dia' kata apa?" aku tanya dengan nada musykil. Ditekan-tekan juga perkataan 'dia' walhal aku tahu Syud boleh paham siapa 'dia' yang aku maksudkan.

"Masa tu dia tengah kata budak tu bodoh la! Aishh..," ujar Syud.

Ok. Make sense. Cakap orang bodoh pastu gelak. Kalau kau pom, buat macamtu jugak kan? Hahaha.

Nasib baik ada Syud. Tajam betul pendengaran dia. Syud ni satu dorm dengan Kim. Dia ada 'sixsense' tau. Bukan penyanyi band Sixth Sense tu, aku tak buat lawak okeh. Deria ke-6 haaa bak kata orang tua-tua. Dulu aku tak caya si Syud ni boleh nampak 'benda' ni. Ada satu malam hujung minggu, si Kim ni bukak cerita hantu. Syud masa tu tengah tidur. Sedang berseronok duk melayan dengar cerita hantu Kim, tetiba si Syud ni terjaga, suruh kitorang tidur. Katanya ada pompuan rambut panjang duk perhati kat kitorang. Kitorang takut juga memula dengar Syud cakap macamtu, tak nak percaya sebenarnya tapi ikut jugak kata dia. Dipendekkan cerita, seminit mata aku tutup dalam gaya tidur terlentang.....PAPP!!! Badan aku tak bergerak. Dah macam kena strok dah. Tahu la aku masa tu aku kena tindih. Bermula dari kisah itu, aku mula percaya pada Syud. (Nanti aku cerita details dalam kisah lain)

Bersambung dengan kisah dalam Musalla ni. Sedang aku mengelamun duk throwback kisah si Syud tadi, tetiba si ustaz suruh la salah seorang bebudak yang terkumpul dalam Musalla ni (err..bukan aku la) pergi panggil budak 9 orang lagi. Huh, drama apa ni? Budak mana pula 9 orang ni? Girl's Generation versi melayu ke..???

Ternanti-nanti aku dibuatnya. Masing-masing saling berpandangan. Tak tahu apa cerita. Kemudian datang la 9 budak tersebut, selang 3 minit menunggu. Ohh, budak-budak ni. Budak-budak form 2 jugak, yang memang sememang memangnya amatlah bermasalah gaya dan rupanya! Dan yang kena rasuk tu pom, sa...lah seorang daripada troubledoublemaker tu jugak. Kira geng la ni. Tapi, apa kaitannya diorang dengan kes gawat macam ni? Ustaz mula memanggil mereka ke tempat budak yang kena histeria itu dibaringkan. Perlahan-lahan 9 budak itu melangkah ke arah ustaz. Masa tu aku cuba tengok reaksi muka 'dia'. Ternyata pandangannya marah, terjengkil biji mata macam nak makan bebudak tu semua. Ustaz suruh bebudak itu berdiri disebelah 'dia'. Tetiba...

"FATIN!"

"SOFIA!"

"SARAH!"

"MILA!"

"JUNAIDA!"

"SURAYA!"

"LAILA!"

"ROS!"

"AIN!"

'Dia' sebut nama seorang demi seorang beb kat bebudak tu. Diulangi; SEORANG.DEMI.SEORANG. Boleh pulak tahu nama orang lain. Seriau beb mendengar. Garaunya suara dia. Pastu 'dia' menyumpah-nyumpah kat bebudak tu. Aku tak berapa nak dengar, tapi aku dapat menangkap ayat 'bodoh' dalam banyak-banyak yang diperkatakan. Si Ustaz cuba menangkan 'dia'. Terlihat seorang dua dah menangis teresak-esak. Aku pun tak pasti siapa si Mila, si Ain, si Junaida dan lain-lain. Aku tak tahu apa yang si ustaz cakap kat 'benda' tu, alih-alih 'benda' tu cakap

" JIKA KAU NAK AKU KELUAR DARIPADA BADAN BUDAK NI, AKU NAK MEREKA SEMUA BERLAKON KEMBALI APA YANG MEREKA TELAH LAKUKAN DALAM LIBRARY PADA WAKTU MALAM JUMAAT! PASTIKAN PADA WAKTU YANG SAMA, BAJU YANG SAMA, DAN SEGALA PERGERAKAN DAN SUSUNAN PERABOT YANG SAMA! SETELAH ITU, AKU BERJANJI AKAN KELUAR DARIPADA TUBUH BUDAK INI!"

Semua yang ada dalam Musalla waktu itu tergamam. Masing-masing berbicara berbalas mata. Library? Apa yang mereka dah lakukan. Aku cuba untuk mendengar apa yang ustaz sedang bicarakan dengan 'benda' itu, tetapi terlalu perlahan dan jauh untuk didengar. Setelah menyedari jam menunjukkan pukul 11.40malam, akhirnya HEM mula mengarahkan kami para penonton pada waktu itu untuk beredar pulang ke hostel masing-masing. Biarkan yang berkenaan sahaja tinggal.

HEM garang orangnya. Tak berani nak melawan kata beliau. Dengan berat hatinya, aku meninggalkan perkarangan Musalla dengan perasaan ingin-tahu-lagi, menuju ke hostel. Aku pasti mereka yang lain juga merasakan benda yang sama.

I wonder,what had happened on Friday night..in the library??

THE LIBRARYWhere stories live. Discover now